Kerajaan akan memberi tumpuan kepada dua aspek - peningkatan pendapatan berdasarkan produktiviti dan mengurangkan perbezaan pendapatan antara golongan berpendapatan tinggi dan rendah dalam memacu negara mencapai status negara maju.
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata ekonomi negara perlu memastikan majoriti rakyat dapat merasakan pendapatan mereka bertambah menerusi peningkatan produktiviti.
"Apabila pendapatan rakyat semakin bertambah, barulah istilah negara maju membawa erti kepada rakyat.
"Jika jurang pendapatan antara miskin dan kaya semakin melebar, ia akan mencetuskan perasaan tidak puas hati dalam sesebuah negara," katanya ketika berucap pada Majlis Malam Bajet 2015 dan Persaraan Perbendaharaan Malaysia 2014 di Kementerian Kewangan di sini Jumaat malam.
Najib yang juga Menteri Kewangan, berkata berdasarkan laporan Bank Dunia yang dikeluarkan dua hari lepas, menunjukkan bahawa hasil daripada dasar yang diamalkan kerajaan itu, jurang perbezaan pendapatan di Malaysia bertambah baik.
"Namun kita masih belum mencapai tahap pendapatan saksama seperti di negara Pertubuhan Kerjasama dan Pembangunan Ekonomi (OECD), dan perlu ada usaha untuk dilaksanakan," katanya.
Perdana Menteri berkata dalam suasana ekonomi dunia yang tidak menentu, Malaysia memerlukan asas yang kukuh supaya mampu berhadapan dan pulih daripada sebarang bentuk sentimen.
"Jika fundamental ekonomi negara lemah, krisis ekonomi akan berlarutan seperti yang berlaku di Eropah, dan tidak ada negara yang terkecuali daripada krisis, termasuk negara maju," katanya.
Najib berkata antara aspek yang dapat memastikan fundamental negara kukuh ialah hasil negara mestilah mampan dan kukuh.
"Justeru keputusan untuk melaksanakan cukai barang dan perkhidmatan (CBP) dalam suasana ekonomi terkini, nampaknya keputusan yang amat tepat," katanya.
"Saya katakan amat tepat kerana bila hasil negara terjejas, CBP akan tampung hasil negara dengan penambahan lebih ketara.
"Saya tidak berani andai (pertambahan) banyak mana, tapi kita doakan pelaksanaan CBP memberi kesan kepada hasil negara yang kian bertambah. Dan bila hasil kian bertambah, kita boleh bantu rakyat," kata Perdana Menteri.
Najib berkata sebagai Menteri Kewangan beliau berbangga atas komitmen petugas kementerian itu dalam penyediaan Bajet 2015 yang mendapat sambutan positif daripada rakyat.
Sementara itu, Ketua Setiausaha Perbendaharaan Tan Sri Mohd Irwan Serigar Abdullah dalam ucapannya berkata dalam trend harga minyak dunia semakin menurun dan pasaran mata wang yang tidak begitu baik, ekonomi Malaysia dijangka kekal kukuh dengan sasaran lebih 5.7 peratus Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) pada tahun ini.
Katanya pendaftaran CBP sehingga semalam juga telah mencapai lebih 229,700 syarikat dengan setiap hari lebih daripada 4,000 syarikat mendaftar.
Jumlah ini lebih tinggi berbanding sasaran awal syarikat yang mendaftar CBP iaitu sebanyak 120,000 syarikat, katanya.
"Diharapkan jumlah syarikat yang mendaftar akan lebih daripada sasaran baharu iaitu 240,000 syarikat akan mendaftar sehingga akhir Disember," katanya.
Seramai 21 warga kerja Kementerian Kewangan daripada pelbagai gred dan bahagian yang bersara sejak Jun hingga Disember 2014, diraikan pada majlis malam tadi.
Bernama
Fri Dec 19 2014
Najib berkata sebagai Menteri Kewangan beliau berbangga atas komitmen petugas kementerian itu dalam penyediaan Bajet 2015 yang mendapat sambutan positif daripada rakyat. - Foto Bernama
Warga emas maut langgar penghadang besi di Gua Musang
Seorang lelaki warga emas maut selepas kenderaan dipandunya terlanggar penghadang besi di Jalan Persiaran Raya susur Taman Damar, Gua Musang.
Tun Abdullah dimasukkan ke IJN, dalam keadaan stabil - Keluarga
Keadaan Abdullah dilaporkan stabil dan masih dirawat di Unit Penjagaan Koronari (Coronary Care Unit).
[TERKINI] Tun Abdullah dimasukkan ke IJN, keadaan stabil
Tun Abdullah Ahmad Badawi telah dimasukkan ke Institut Jantung Negara pada Rabu kerana mengalami Small Spontaneous Pneumothorax.
[TERKINI] UM mohon maaf, ambil tindakan segera tangani situasi
Universiti Malaya kesal dengan kenyataan kontroversi penceramah jemputan warga asing yang tidak menghormati sentimen masyarakat seperti tular dalam laman media sosial.
Malaysia-Jepun tekad perkukuh kerjasama dalam sektor pembinaan
Menteri Kerja Raya Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata perjanjian persefahaman dapat membuka peluang kepada pemain sektor pembinaan Malaysia meneroka pasaran Jepun selaras dengan pelaksanaan Perjanjian Komprehensif dan Progresif bagi Perkongsian Trans-Pasifik (CPTPP) dengan kedua-dua negara adalah ahlinya.
Hati-hati akaun fleksibel, guna sewaktu persaraan - Pakar
Pencarum seharusnya lebih berhati-hati dan merancangan kewangan dengan lebih baik susulan pengenalan akuan fleksibel Kwsp yang baharu.
Panel lima hakim Mahkamah Rayuan akan dengar permohonan Muhyiddin
Muhyiddin memohon bagi mendapatkan kebenaran menyemak keputusan panel sebelum ini yang mengembalikan semula empat pertuduhan salah guna kuasa membabitkan RM232.5 juta terhadapnya.
Dua maut kereta terbabas dan terbalik di Kuala Krai
Seorang lelaki dan wanita maut dalam kemalangan membabitkan sebuah kereta jenis Honda di Jalan Gua Musang-Kuala Krai dekat Kampung Pahi, pada Rabu.
MCMC kesan individu salah guna AI, sunting gambar aib - Fahmi
Langkah itu bertujuan membolehkan tindakan tegas diambil serta memastikan keselamatan pengguna dalam talian khususnya kanak-kanak, terjamin.
[TERKINI] Mahkamah: Suspek tembak KLIA dituduh cuba bunuh isteri
Lelaki yang melepaskan tembakan di Balai Ketibaan Terminal 1 Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) didakwa lagi hari ini di Mahkamah Sesyen di sini atas dua pertuduhan termasuk cuba membunuh isterinya.
CBP agih dividen tertinggi berjumlah RM60.91 juta
CBP mengumumkan pembayaran dividen tertinggi sejak penubuhannya berjumlah RM60.91 juta bagi tahun kewangan berakhir 31 Dis 2022.
Keuntungan 2022 CBP melonjak 20 peratus, tertinggi dalam sejarah
Baharom berkata, keuntungan itu melonjak 20 peratus berbanding tahun sebelumnya iaitu sebanyak RM86.14 juta.
Kibar kain rentang 10 meter di dasar laut, CBP catat nama dalam MBOR
CO-OPBANK Pertama (CBP) berjaya mencipta nama dalam Malaysia Book of Records (MBOR) menerusi kibaran kain rentang sepanjang 10 meter di dasar laut.
CBP agih wakalah zakat lebih RM500,000
Co-opbank Pertama (CBP) mengagihkan dana wakalah zakat berjumlah lebih RM512,000 menerusi Program CBP Mahabbah yang mensasarkan golongan asnaf berkelayakan.
CBP rasmi outlet Ar Rahnu pertama di Gombak
Co-opbank Pertama (CBP) merasmikan outlet Ar Rahnunya yang pertama di KL Traders Square, Kuala Lumpur.
Kempen Hello CBP tawar hadiah keseluruhan lebih RM1 juta
Co-opbank Pertama (CBP) menawarkan hadiah keseluruhan berjumlah lebih dari RM1 juta menerusi Kempen Hello CBP yang bermula dari 1 Januari 2023 sehingga 31 Disember 2023.
CBP, PR1MA jalin kerjasama bantu pemilikan kediaman menerusi CBP MyPR1MA
Co-opbank Pertama (CBP) menjalin kerjasama bersama PR1MA menerusi Skim CBP MyPR1MA bagi membantu golongan pertengahan memiliki kediaman impian mereka di seluruh negara.
CBP buka semula tawaran syer kepada orang ramai mulai 1 Jan 2023
Langkah itu diyakini dapat membantu meningkatkan bilangan anggota serta modal syer anggota CBP untuk mencapai sasaran yang ditetapkan.
CBP agih wakalah zakat hampir RM370,000
Co-opbank Pertama (CBP) mengagihkan dana wakalah zakat berjumlah RM367,168 kepada 16 buah masjid dan 400 penerima individu di seluruh negara.
Co-opbank Pertama komited bantu golongan B40
Objektif program Touch Point ini adalah bagi menyediakan bekalan makanan asas dan juga sedikit sumbangan wang tunai kepada golongan asnaf, fakir, miskin dan B40.