Gabenor Bank Negara Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz berkata penyusutan semasa mata wang Malaysia bukan sesuatu yang unik memandangkan lebih daripada 120 mata wang dunia susut berbanding dolar US.
Bercakap dalam temu bual eksklusif dengan New Straits Times yang diterbitkan hari ini, Zeti berkata fenomena itu lebih menjejaskan pengeluar minyak dan komoditi berikutan mata wang mereka susut lebih rendah berbanding dolar US daripada kumpulan lain.
Bagi kes Malaysia, Zeti berkata beberapa isu dalaman turut menjejaskan sentimen selain keyakinan, dan perlu diselesaikan.
"Ini akan dapat menyumbang kepada pemulihan mata wang negara," katanya.
Ringgit susut melepasi RM4 berbanding dolar US, menjejaskan isi rumah akibat kenaikan harga makanan dan lain-lain.
Zeti menegaskan bahawa 'untuk mengatakan ia bukan tempoh yang mencabar merupakan satu penafian, dan sebahagian besarnya adalah di luar kawalan kita.
Hakikat bahawa dolar US mengukuh berbanding 120 mata wang lain menjelaskannya.
Beliau berkata rakyat Malaysia wajar berusaha mengurus diri semasa tempoh yang mencabar ini.
"Rekod baik kita menunjukkan bahawa setiap kali kita berhadapan masalah, setiap kali kita kembali bangkit. Sudah lebih daripada sekali. Kita bangkit dan bangkit dengan cepat," katanya.
Zeti berkata mereka yang menabung boleh memanfaatkan tempoh yang mencabar ini, namun mereka juga wajar mengurus diri dengan berhati-hati.
"Mereka mesti menyesuaikan kehidupan dengan kemampuan dan mengkaji semua opsyen yang ada. Perniagaan juga perlu melakukan yang sama," katanya.
Andai berhadapan dengan masalah kewangan, Zeti berkata perkhidmatan nasihat boleh membantu mereka menstrukturkan semula hutang.
"Mereka perlu menyedari adanya program untuk membantu mereka. Ada program untuk mereka di tempat kerja untuk dilatih semula, dan bantuan disediakan untuk mereka yang mempunyai anak yang belajar di luar negara, mereka perlu mengkaji kesemua opsyen yang ada," katanya.
Sehingga 11.50 pagi, ringgit didagangkan pada 4.2540/2630 berbanding dolar US.
Bernama
Thu Sep 17 2015
Zeti berkata mereka yang menabung boleh memanfaatkan tempoh yang mencabar ini, namun mereka juga wajar mengurus diri dengan berhati-hati. - Gambar Fail
Kontroversi UM: Sarjana ‘berkualiti rendah’ tak patut dijemput - PM Anwar
Anwar menyindir ahli akademik AS yang terbabit dalam kontroversi pro-Israel sebagai sarjana berkualiti rendah dan tidak mempunyai pencapaian luar biasa atau istimewa.
Agong, Raja Permaisuri zahir ucapan Ulang Tahun Keputeraan kepada Sultan Terengganu
Ucapan itu dizahirkan Seri Paduka Baginda berdua menerusi poster yang dimuat naik di Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar hari ini.
Ada wajah kita tak mahu berpisah, tapi terpaksa melepaskannya - Datuk Red
Menerusi perkongsian itu, Adnan mengatakan ada perkara yang dia terpaksa reda dan menerima takdir yang sudah tertulis untuknya.
Komen jelik nahas helikopter Lumut, peniaga didenda RM23,000
Seorang peniaga dalam talian didenda RM23,000 di Mahkamah Sesyen di sini, selepas mengaku bersalah atas tuduhan memuat naik komen jelik berhubung nahas helikopter TLDM.
Bursa Malaysia dibuka rendah, jejaki prestasi Wall Street
Pada 9.10 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) susut 2.29 mata kepada 1,566.96 daripada 1,569.25 ketika ditutup pada Khamis.
AWANI Ringkas: Pesawat ringan mendarat cemas di Subang
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Cambodia Airways mulakan penerbangan terus Phnom Penh-Kuala Lumpur
Syarikat penerbangan Kemboja, Cambodia Airways, secara rasmi memulakan penerbangan terus dari ibu negaranya, Phnom Penh ke KLIA pada Khamis.
Semangat baharu bina ekosistem inovasi lebih dinamik
Perbadanan Pembangunan Teknologi Malaysia, MTDC meneruskan kesinambungan dalam memacu pembangunan teknologi negara, dengan melancarkan Citra MTDC, untuk mewujudkan ekosistem inovasi yang lebih dinamik.
Polis tahan guru disyaki liwat tiga pelajar
Tiga pelajar tahfiz dipercayai menjadi mangsa seks luar tabii apabila didakwa diliwat seorang guru agama dari pusat tahfiz berkenaan sejak dua tahun lalu.
Rumah Terbuka Aidilfitri Selangor di KKB langgar Akta - Bersih
Penganjuran Rumah Terbuka Aidilfitri Peringkat Negeri Selangor yang akan dianjurkan di Pekan Kuala Kubu Bharu Sabtu ini, boleh bercanggah dengan banyak peruntukan dalam Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 (AKPR).
Pound British susut hampir 3 peratus berbanding dollar US, paras terendah dalam sejarah
Setakat 04:46 GMT, paun susut 2.77 peratus kepada US$1.0555 daripada penutupan sebelumnya pada US$1.0856.
Ringgit ditutup rendah, cecah 4.52 berbanding dolar AS
Ringgit susut berbanding dolar AS pada akhir urus niaga Rabu dengan mencecah paras terendah baharu dalam tempoh 24 tahun.
Ringgit dibuka rendah berbanding dolar US
Pada 9.15 pagi, mata wang tempatan diniagakan pada 4.0500/0560 berbanding dolar US daripada 4.0440/0470 semasa ditutup pada Rabu.
Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar US selepas pengumuman mengenai PERMAI
Peniaga berkata harga minyak mentah dijangka stabil sejajar dengan kemajuan dalam pelaksanaan vaksin COVID-19.
Kekukuhan ringgit dijangka bawa impak positif kepada pasaran ekuiti - Penganalisis
Ringgit diniagakan setinggi 3.9957 berbanding dolar AS pada hari pertama dagangan tahun ini dan firma penyelidikan berkenaan percaya kelemahan dolar itu akan berterusan.
Ringgit terus meningkat berbanding dolar US pada pembukaan
Pada 9.00 pagi, mata wang tempatan naik kepada 4.0260/0310 berbanding dolar US daripada 4.0350/0390 semasa ditutup pada Rabu.
Ringgit merosot, dolar US terus mengukuh
Ringgit terus merosot berbanding dolar US hari ini berikutan ketidakpastian mengenai persetujuan pakej rangsangan Amerika Syarikat dan landskap politik tanah air.
Ringgit ditutup tinggi berbanding dolar AS
Ringgit meneruskan momentum positif untuk ditutup tinggi berbanding dolar AS hari ini, disokong oleh sentimen risiko yang lebih baik, kata peniaga.
Harga burger Big Mac gambarkan ringgit 59 peratus lebih rendah
Dalam teori ekonomi, kesamarataan kuasa membeli merupakan satu konsep di mana nilai tukaran asing akan bergerak ke arah kesaksamaan dari semasa ke semasa.
Ringgit ditutup rendah berikutan AS-China kembali tegang
Pada 6 petang, unit tempatan susut kepada 4.3610/3690 berbanding mata wang negara maju itu, daripada 4.3400/3480 ketika ditutup semalam.