Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga (TEKUN Nasional) telah mengambil pelbagai pendekatan untuk mendapatkan bayaran balik pembiayaan.
"Kami juga menubuhkan anak syarikat, iaitu TEKUN Corporation untuk mengutip semula pembiayaan bagi akaun hutang lapuk," kata Ketua Eksekutif dan Pengarah Urusan TEKUN Nasional Datuk Baharom Embi ketika diminta untuk mengulas mengenai jumlah pembiayaan tidak berbayar (NPF) agensi itu.
Menteri Pembangunan Usahawan Mohd Redzuan Md Yusof memberitahu Dewan Rakyat baru-baru ini bahawa pada tahun kewangan berakhir 31 Dis, 2017, kadar pembiayaan tidak berbayar (NPF) adalah 37.82 peratus daripada jumlah keseluruhan portfolio pembiayaan semasa TEKUN Nasional.
Mohd Redzuan berkata, NPF diklasifikasikan sebagai pembiayaan tertunggak melebihi enam bulan manakala hutang lapuk yang diklasifikasikan sebagai tunggakan melebihi 24 bulan berjumlah RM437.6 juta atau 6.4 peratus daripada jumlah keseluruhan pembiayaan.
Baharom berkata antara cara bagi memudahkan usahawan untuk membayar balik pembiayaan ialah dengan menggunakan aplikasi 'TekunPay' yang dilancarkan Julai tahun lepas.
Aplikasi tersebut boleh dimuat turun melalui Google Playstore atau Apple Store untuk melihat paparan terperinci bagi setiap maklumat akaun pembiayaan dan hanya boleh diakses oleh penerima biaya sahaja, katanya.
Beliau berkata selain itu, bagi peminjam baharu, mereka digalakkan membuat permohonan di bawah Skim Pembiayaan TEMAN TEKUN dan Skim Pembiayaan Program TemanNita yang menggunakan konsep berkumpulan (lima orang/ kumpulan) yang mewajibkan setiap usahawan dalam kumpulan membuat pembayaran balik secara konsisten.
Baharom ditemui selepas sesi taklimat sempena lawatan rasmi Mohd Redzuan ke ibu pejabat TEKUN Nasional pada Jumaat lepas. Turut hadir Timbalan Menteri Dr Mohd Hatta Ramli.
Lawatan itu bertujuan mendapatkan maklumat serta status semasa berkenaan program-program pembiayaan yang disediakan khusus untuk usahawan mikro Bumiputera dan India.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Aug 07 2018
Peminjam baharu TEKUN digalakkan membuat permohonan di bawah Skim Pembiayaan TEMAN TEKUN dan Skim Pembiayaan Program TemanNita yang menggunakan konsep berkumpulan.
Kontroversi UM: Sarjana ‘berkualiti rendah’ tak patut dijemput - PM Anwar
Anwar menyindir ahli akademik AS yang terbabit dalam kontroversi pro-Israel sebagai sarjana berkualiti rendah dan tidak mempunyai pencapaian luar biasa atau istimewa.
Agong, Raja Permaisuri zahir ucapan Ulang Tahun Keputeraan kepada Sultan Terengganu
Ucapan itu dizahirkan Seri Paduka Baginda berdua menerusi poster yang dimuat naik di Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar hari ini.
Ada wajah kita tak mahu berpisah, tapi terpaksa melepaskannya - Datuk Red
Menerusi perkongsian itu, Adnan mengatakan ada perkara yang dia terpaksa reda dan menerima takdir yang sudah tertulis untuknya.
Komen jelik nahas helikopter Lumut, peniaga didenda RM23,000
Seorang peniaga dalam talian didenda RM23,000 di Mahkamah Sesyen di sini, selepas mengaku bersalah atas tuduhan memuat naik komen jelik berhubung nahas helikopter TLDM.
Bursa Malaysia dibuka rendah, jejaki prestasi Wall Street
Pada 9.10 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) susut 2.29 mata kepada 1,566.96 daripada 1,569.25 ketika ditutup pada Khamis.
AWANI Ringkas: Pesawat ringan mendarat cemas di Subang
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Cambodia Airways mulakan penerbangan terus Phnom Penh-Kuala Lumpur
Syarikat penerbangan Kemboja, Cambodia Airways, secara rasmi memulakan penerbangan terus dari ibu negaranya, Phnom Penh ke KLIA pada Khamis.
Semangat baharu bina ekosistem inovasi lebih dinamik
Perbadanan Pembangunan Teknologi Malaysia, MTDC meneruskan kesinambungan dalam memacu pembangunan teknologi negara, dengan melancarkan Citra MTDC, untuk mewujudkan ekosistem inovasi yang lebih dinamik.
Polis tahan guru disyaki liwat tiga pelajar
Tiga pelajar tahfiz dipercayai menjadi mangsa seks luar tabii apabila didakwa diliwat seorang guru agama dari pusat tahfiz berkenaan sejak dua tahun lalu.
Rumah Terbuka Aidilfitri Selangor di KKB langgar Akta - Bersih
Penganjuran Rumah Terbuka Aidilfitri Peringkat Negeri Selangor yang akan dianjurkan di Pekan Kuala Kubu Bharu Sabtu ini, boleh bercanggah dengan banyak peruntukan dalam Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 (AKPR).
Berjuta lesap, akaun atlet pecut Usain Bolt kini hanya berbaki AS$12,000
Bolt tidak membuat pengeluaran atau pemindahan daripada akaun itu, dan sedang mempertimbangkan tindakan undang-undang jika wang itu tidak dikembalikan.
Gagal jelaskan wang dalam akaun: 10 lelaki didenda RM1,000
Mereka gagal memberikan penjelasan mengenai wang berjumlah RM3.14 juta milik seorang guru swasta lelaki, dalam akaun bank mereka.
Lelaki mengaku tidak bersalah tawar skim pelaburan tidak wujud
Iskandar Isahak mengaku tidak bersalah atas pertuduhan tersebut yang dibacakan di hadapan Hakim Mahkamah Sesyen Ayer Keroh hari ini.
Tiada arahan wajib 'Like', 'Share' media sosial menteri - KKMM
Tiada sebarang arahan yang dikeluarkan oleh Menterinya Datuk Saifuddin Abdullah seperti dakwaan yang tular di media sosial sejak semalam.
Waspada! Ini amaran cara baharu penggodam peroleh akses ke WhatsApp anda
Penggodam boleh berulang kali meminta pengesahan pengesahan dua faktor pada akaun WhatsApp yang sekaligus akan membuatkan akaun digantung.
Aplikasi Sugarbook: Pelajar kolej terkejut, kecewa gambar disalah guna
Seorang remaja perempuan membuat laporan polis di Kota Sarang Semut di sini, hari ini selepas mendapati gambarnya disalah guna dengan dimuat naik dalam aplikasi Sugarbook.
Twitter gantung akaun kedutaan China di AS, dakwa kenyataan sokong kekejaman di Xinjiang
Twitter menggantung akaun rasmi kedutaan China di Amerika Syarikat (AS) gara-gara satu ciapan mempertahankan polisi China terhadap etnik minoriti Muslim Uighur di Xinjiang.
Joe Biden, pasukan pentadbiran secara rasmi ambil alih akaun Twitter @POTUS
Joe Biden dilaporkan sudah mengambil alih akaun media sosial @POTUS, iaitu akaun Twitter rasmi milik presiden negara berkenaan.
Twitter menutup akaun Donald Trump
Twitter Inc memaklumkan pada Jumaat telah menutup akaun Presiden Amerika Syarikat Donald Trump bagi mengelak tercetusnya keganasan berterusan.
Bagaimana ingin mengesan jika sesebuah akaun media sosial itu palsu?
Pernahkah anda berasa ragu-ragu dengan kewujudan sesebuah akaun di laman media sosial sehingga anda tertanya-tanya sama ada akaun tersebut palsu atau tidak?