Kerajaan Belanda akan mengharamkan penggunaan telefon ketika berbasikal.

Ia susulan peningkatan kemalangan membabitkan telefon dan basikal di negara itu.

Menteri Pengangkutan Cora van Nieuwenhuizen pada Selasa berkata undang-undang itu akan berkuat kuasa Julai tahun hadapan.

Pemandu kereta dan lori sudah pun dilarang menggunakan telefon bimbit ketika memandu kecuali dengan bantuan alat bebas tangan.

Jika ditangkap menggunakan telefon, pengguna boleh dikenakan denda maksimum 230 euro (RM1,117).

Denda berkemungkinan sama untuk penunggang basikal tetapi kerajaan menunggu keputusan rundingan umum.

Berbasikal merupakan cara hidup di negara ini di mana bilangan basikal mengatasi bilangan penduduknya, iaitu terdapat kira-kira 23 juta basikal untuk 17 juta penduduk.

Tetapi, penggunaan telefon bimbit kini menjadi semakin bahaya.

Menurut organisasi Keselamatan Jalan Belanda, setiap satu daripada lima kemalangan basikal melibatkan orang muda membabitkan satu telefon pintar.