ANTARA pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini, Sabtu, 25 Julai 2020.

1) COVID-19: Singapura catat 513 lagi kes baharu, majoriti penghuni asrama

Singapura mencatatkan 513 lagi kes baharu jangkitan COVID-19 dengan sebahagian besarnya masih merupakan pekerja asing yang tinggal di asrama.

2) Kes positif COVID-19 di Indonesia kini 97,286 kematian 4,714

Kes positif COVID-19 di Indonesia berterusan meningkat kepada 97,286 kes, iaitu tambahan 1,868 kes baharu dalam tempoh 24 jam.

3) Solat sunat Aidiladha, ibadah korban dibenarkan di masjid di Thailand

Semua masjid di Thailand diberi lampu hijau untuk menunaikan solat berjemaah dan mengerjakan ibadah korban untuk Aidiladha yang akan disambut pada 31 Julai ini, walaupun perlu mematuhi garis panduan kesihatan yang ketat bagi mengekang penularan wabak COVID-19.

4) Nelayan Rusia jumpa fosil gajah Mammoth

Satu fosil gajah purba ditemui oleh seorang nelayan di sebuah tasik di semenanjung Yamal, Rusia. Ahli paleontologi Rusia ketika ini sedang berusaha menggali fosil gajah Mammoth itu.

5) COVID-19: Angka kematian cecah 638,238

Berdasarkan statistik Johns Hopkins University pada Sabtu, jumlah keseluruhan kematian COVID-19 di seluruh dunia kini mencecah lebih 638,238 kes.

6) PM Lee umum Kabinet baharu Singapura

Perdana Menteri Singapura Lee Hsien Loong hari ini mengumumkan barisan Kabinet baharunya termasuk Heng Swee Keat yang dilantik semula sebagai Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan.

7) Warga Singapura mengaku bersalah di AS jadi ejen perisikan China

Seorang warga Singapura mengaku bersalah di Amerika Syarikat (AS) atas tuduhan sebagai ejen perisikan China, dalam kejadian terbaru membabitkan pertikaian antara dua negara itu.

8) Lisa Blackpink diangkat sebagai duta baharu BVLGARI

Ahli kumpulan Blackpink, Lisa telah dipilih menjadi duta baharu jenama mewah BVLGARI. Jenama mewah dari Itali itu memilih penyanyi kelahiran Thailand itu kerana beranggapan bahawa dia adalah wajah yang sesuai untuk jenama mewah mereka.

9) COVID-19: Selepas hampir 100 hari, Vietnam kembali rekod kes baharu

Setelah hampir 100 hari tanpa sebarang kes positif direkodkan, Vietnam kembali mencatatkan satu kes tempatan COVID-19 pada Sabtu.

10) COVID-19: Jumlah jangkitan global cecah 15.62 juta

Data terbaharu Johns Hopkins University menunjukkan, terdapat pertambahan lebih 200,000 kes baharu COVID-19 di seluruh dunia dalam tempoh 24 jam.