ANGKA kematian akibat penularan wabak COVID-19 meningkat lebih 4,000 kes dalam tempoh 24 jam.

Statistik Johns Hopkins University menunjukkan jumlah kumulatif kematian global akibat COVID-19 terkini adalah sebanyak 999,629.

Amerika Syarikat (AS) kekal merekodkan jumlah kematian tertinggi dengan lebih 204,995 kes, diikuti Brazil dengan 141,741 kes kematian.

Sementara itu, India dan Mexico masing-masing merekodkan 95,542 dan 76,430 angka korban.

Manakala, United Kingdom (UK) mencatatkan 42,090 kes.

Itali (35,851), Peru (32,262), Perancis (31,744) dan Sepanyol (31,411) pula berkongsi angka korban melebihi 30,000 kes.

Iran (25,779) dan Columbia (25,488) pula merekodkan angka lebih 25,000 kes korban.

Negara terakhir yang melepasi angka kematian 20,000 ialah Rusia dengan 20,299 kes.

Negara lain masih merekodkan angka korban di bawah 20,000 kes.