CHINA mengesahkan lapan kes baharu positif COVID-19 pada Jumaat dan daripada jumlah itu, enam adalah kes import, manakala dua lagi kes adalah kes tempatan yang dilaporkan di wilayah Jilin.

Menurut Suruhanjaya Kesihatan Nasional negara itu, tiada kematian baharu dilaporkan tetapi terdapat dua kes suspek COVID-19 dan kedua-duanya adalah kes import yang dilaporkan di Shanghai.

Sementara itu, 10 pesakit dibenarkan discaj dari hospital.

Setakat Jumaat, China merekodkan 82,941 kes termasuk 89 yang kini menerima rawatan dan daripada jumlah itu 11 dalam keadaan kritikal.

Angka kematian pula kekal berjumlah 4,633 kes.