KAJIAN Institut Kesihatan Kebangsaan (NIH) Amerika Syarikat (AS) menyarankan suntikan dos penggalak memberi perlindungan terhadap beberapa varian COVID-19, tetapi ia masih belum terbukti.
Menurut pakar penyakit berjangkit Dr Anthony Fauci, data menunjukkan dos penggalak vaksin COVID-19 meningkatkan dengan ketara tahap antibodi terhadap varian-varian baharu virus itu.
Hasil kajian makmal mendapati, dos penggalak meningkatkan sel memori B dan T yang merupakan sel pertahanan yang dihasilkan oleh sistem imun untuk melindungi dari virus.
"Apabila anda melihat kepada dos penggalak, anda akan dapat melihat ia meneutralkan antibodi terhadap semua varian.
"Dan ia juga meningkatkan sel memori B dan sel T, yang dengan jelas menunjukkan perlindungan terhadap beberapa jenis varian, walaupun ia masih belum dibuktikan lagi.
"Terdapat banyak sebab untuk percaya sekiranya anda menerima suntikan vaksin dan penggalak, anda akan sekurang-kurangnya dilindungi dan tidak berdepan risiko gejala berat walaupun terhadap varian Omicron," kata Fauci pada sidang media di White House pada Jumaat.
Pada masa sama, Pengarah Pusat Kawalan Dan Pencegahan Penyakit (Cdc) AS Dr Rochelle Walensky menjelaskan pihaknya bersedia untuk memerangi varian Omicron.
Ia disusuli gesaan supaya setiap individu di negara itu yang layak menerima suntikan penggalak untuk segera mendapatkannya.
Astro Awani
Sat Dec 04 2021
FAUCI: Terdapat banyak sebab untuk percaya sekiranya anda menerima suntikan vaksin dan penggalak, anda akan sekurang-kurangnya dilindungi dan tidak berdepan risiko gejala berat. - Gambar fail
UMT bakal miliki rumah alumni bernilai RM2.2 juta
Universiti Malaysia Terengganu (UMT) merancang memiliki rumah alumni sebagai pusat sehenti, bagi memperkukuh jaringan kerjasama dengan bekas pelajar, industri dan universiti.
Piala Thomas: Pengalaman Aaron Chia-Soh Wooi Yik gagal ditandingi beregu Hong Kong
Hanya 26 minit sahaja diperlukan bekas juara dunia, Aaron Chia-Soh Wooi Yik untuk memastikan Malaysia meraih mata kedua dalam saingan Piala Thomas pagi tadi.
Piala Thomas: Lee Zii Jia beri mata pertama buat Malaysia!
Pemain perseorangan profesional negara, Lee Zii Jia berjaya meraih kemenangan ke atas Lee Cheuk Yiu 21-18, 21-18 dalam perlawanan Kumpulan D pagi tadi.
Filem Oppa beri kesedaran jenayah love scam
Filem kesedaran mengenai jenayah LOVE scam bertajuk 'Oppa' bakal menemui anda pada 9 May ini dengan membawa mesej tentang penipuan dalam talian yang seringkali menyasarkan golongan wanita.
[INFOGRAFIK] Calon Perpaduan | N.06 Kuala Kubu Baharu
Apa yang perlu anda tahu tentang calon Perpaduan bagi PRK N.06 Kuala Kubu Baharu.
[INFOGRAFIK] Calon Perikatan Nasional | N.06 Kuala Kubu Baharu
Apa yang perlu anda tahu tentang calon Perikatan Nasional bagi PRK N.06 Kuala Kubu Baharu.
Pertandingan empat penjuru N.06 Kuala Kubu Baharu
Untuk perkembangan lanjut berkaitan Pilihan Raya Kecil Kuala Kubu Baharu kita bersama rakan setugas, Firdaus Azil.
PRK Kuala Kubu Baharu saksikan pertandingan empat penjuru
Perkara itu disahkan oleh Pegawai Pengurus bagi PRK tersebut, Yuhanas Auree Kamaruddin di Pusat Penamaan Calon PRK Kuala Kubu Bharu, Dewan Serbaguna dan Kompleks Sukan Daerah Hulu Selangor kira-kira jam 10.38 pagi, pada Sabtu.
KKR, CIDB zahir hasrat hantar pekerja ke Nagasaki teroka kemahiran TVET
KKR menerusi agensinya Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) berhasrat memulakan penghantaran pekerja ke Nagasaki, Jepun menjelang suku keempat tahun ini.
Piala Thomas: Leong Jun Hao lakar kebangkitan, pastikan kemenangan Malaysia!
Leong Jun Hao melakar kebangkitan memastikan Malaysia memperoleh kemenangan ke atas wakil Hong Kong, Angus Ng Ka Long.
Anthony Fauci bersara Disember ini
Fauci akan bersara selepas lima dekad berkhidmat dalam perkhidmatan awam Amerika Syarikat.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Dr Anthony Fauci disahkan positif COVID-19
Dr Anthony Fauci, wajah di sebalik usaha kerajaan Amerika Syarikat untuk menangani pandemik COVID-19, akhirnya kecundang selepas disahkan positif COVID-19.
COVID-19: Wabak koronavirus masih belum berakhir - Fauci
Sekiranya virus terus mereplikasi di merata dunia, sentiasa ada ancaman varian baharu yang akan muncul.
COVID-19: AS terus gesa rakyat ambil dos penggalak
Ketika ini dos penggalak adalah pertahanan terbaik terhadap peningkatan kes varian Omicron.
COVID-19: Rakyat AS digesa ambil dos penggalak kekang penularan Omicron
Dr Anthony Fauci berkata ketika ini dos penggalak adalah pertahanan terbaik dalam menangani peningkatan kes varian Omicron.
COVID-19: Dos penggalak berkesan terhadap varian baharu
Data menunjukkan dos penggalak meningkatkan dengan ketara tahap antibodi terhadap varian-varian baharu virus itu.
COVID-19: AS sahkan kesan kes pertama varian Omicron
Kes berkenaan ditemukan pada pesakit yang telah lengkap vaksin serta mengunjungi Afrika Selatan pada 22 November lalu.
COVID-19: AS tiada kes jangkitan melibatkan varian Omicron
Varian Delta kekal mendominasi jangkitan COVID-19 di negara itu.
Mansuh mandat vaksinasi: Fauci kesal keputusan Gabenor Texas
Keputusan tersebut akan melumpuhkan sistem kesihatan awam memandangkan vaksinasi adalah perkara utama ketika ini.