AMERIKA SYARIKAT diselubungi salji tebal dari Seattle ke Maine sepanjang minggu menjelang Krismas.

Di kawasan timur laut negara itu, sajli lebat melanda barat New York dengan kadar 10 sentimeter sejam.

Perkhidmatan Cuaca Kebangsaan negara itu meramalkan sajli sebanyak 10 sentimeter bakal turun dalam masa 48 jam akan datang di kawasan berkenaan.

Orang ramai juga dinasihatkan supaya tidak berada di luar rumah susulan sajli lebat dan angin kencang.

Maine pula mencatatkan sajli setinggi 38 sentimeter akibat ribut yang melanda kawasan itu sementara sajli setinggi tiga sentimeter dicatat di New Hampshire.


Angin kencang dengan kelajuan 122 kmj direkodkan di Cape Cod, Massachusetts manakala angin dengan kelajuan 100 kmj direkodkan di Long Island, New York.

Beberapa penerbangan di Lapangan Terbang Antarabangsa Logan, Bostan terpaksa dibatalkan susulan sajli yang lebat pada Isnin.




Amaran cuaca sejuk turut dikeluarkan Perkhidmatan Cuaca Kebangsaan dari Montana ke Michigan.

Sistem cuaca sejuk ini juga membawa sajli di Seattle buat kali pertama sejak sembilan tahun lalu.