Berita  | Dunia

'Dipenjara' dalam kurungan kecil, derita 100 paus dapat pembelaan

'Dipenjara' dalam kurungan kecil, derita 100 paus dapat pembelaan
Antara paus yang dikurung di fasiliti yang terletak di Srednyaya Bay dekat Vladivostok, Rusia. -AP
VLADIVOSTOK: Seorang aktivis alam sekitar menyelar tindakan pihak yang mengurung lebih 100 ekor paus di dalam kolam kecil di sebuah daerah terpencil di Rusia.

Menyifatkan tindakan tersebut sebagai penjara buat mamalia itu, Nina Zyryanova menuntut haiwan yang dikurung di Srednyaya Bay, Vladivostok itu dilepaskan ke habitat asal.

Mahkamah tempatan minggu lalu bersetuju untuk mendengar tuntutan Zyryanova yang turut mahu tindakan diambil terhadap pesalah.
Kes ini mula menjadi perhatian apabila aktivis menyuarakan keresahan mereka tahun lepas selepas 90 beluga dan 12 orca dikurung di sebuah Pusat Kawalan Marin.

Dilaporkan kolam ini menempatkan jumlah terbesar haiwan laut dalam kurungan kecil di mana ada di antaranya telah berada di situ sejak Julai.

Menurut undang-undang Rusia, penangkapan paus hanya dibenarkan bagi tujuan saintifik.

Lebih 100 ekor ikan paus disimpan di dalam kolam kecil di sebuah daerah terpencil di Rusia. Foto: AP

Memetik laporan portal AP, Zyryanova mendakwa penangkapan lebih 100 paus itu adalah bagi memenuhi permintaan pertunjukan di sebuah taman tema di China dan ia perlu dilepaskan.

“Paus yang ditempatkan dalam 'penjara' ini hidup sengsara kerana walaupun paus hidup di lautan Artik, ia masih perlu bergerak.

“Tambahan pula dengan keadaan cuaca sejuk melampau yang melanda negara ini, paus perlu memanaskan badan dengan berenang beratus-ratus kilometer,” katanya.

Lebih 100 ekor ikan paus disimpan di dalam kolam kecil di sebuah daerah terpencil di Rusia. Foto: AP

Pihak pendakwa raya dalam siasatan awal percaya tempat penyimpanan mamalia itu menjalankan operasi secara haram menggunakan permit palsu.


Tag: Rusia, aktivis, alam sekitar, mamalia, paus


Komen Anda?

* Klik pada "Sort by" untuk kemaskini komen

PENAFIAN:
Astro AWANI tidak bertanggungjawab terhadap pendapat yang diutarakan melalui artikel ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Terima kasih.