Mayat seorang jururawat di Hospital Ananta Pura di Palu ditemui pasukan mencari dan menyelamat (SAR) serta Pasukan Palang Merah pada Khamis.

Mayat tersebut antara mangsa yang terkorban akibat runtuhan susulan gempa bumi dan tsunami yang melanda wilayah itu minggu lalu.

Kebanyakan mangsa yang terkorban sebelum ini selamat dikebumikan secara beramai-ramai oleh pihak berkuasa.

Angka korban dijangka terus meningkat kerana usaha pencarian akan diteruskan di beberapa kawasan yang tidak dapat dijejaki sebelum ini.

Usaha pencarian kini turut dibantu pasukan SAR antarabangsa termasuk dari Perancis.