Berita  | Dunia

Itali umum tempoh darurat setahun

Itali umum tempoh darurat setahun
Conte menyifatkan tragedi berkenaan sebagai sesuatu yang tidak dapat diterima dan berharap ia tidak berulang. - Foto Reuters/Stefano Rellandini
GENOA: Perdana Menteri Itali, Giuseppe Conte mengisytiharkan darurat selama 12 bulan di kawasan mengelilingi Genoa pada Rabu susulan insiden jambatan runtuh yang mengorbankan sekurang-kurangnya 39 orang.

Kejadian tersebut turut memutuskan hubungan darat bandar itu dengan selatan Perancis.

Conte berkata, beliau membuat pengisytiharan itu selepas permintaan dibuat oleh pihak berkuasa tempatan.
Peruntukan dana AS$5.7 juta dolar (RM23.4 juta) juga telah disediakan bagi membantu mangsa.

Beliau menyifatkan tragedi berkenaan sebagai sesuatu yang tidak dapat diterima dan berharap ia tidak berulang.
 

Pasukan penyelamat bekerja keras di tapak Jejambat Morandi di Genoa bagi mencari mangsa yang tertimbus. - Foto Reuters/Stefano Rellandini
Pasukan penyelamat bekerja keras di tapak Jejambat Morandi di Genoa bagi mencari mangsa yang tertimbus. - Foto Reuters/Stefano Rellandini

Jelas beliau, kerajaan juga akan meneliti syarikat lain bagi penyelenggaraan sistem lebuh raya di negara itu.

Conte juga mahu undang-undang lebih tegas berhubung penyelenggaraan infrastruktur.

Angka korban insiden sehingga kini disahkan 39 orang.

BACA: Mangsa korban runtuhan lebuh raya Itali meningkat ke 37 orang

Pasukan penyelamat sebelum ini memaklumkan peluang menemui mangsa masih hidup di bawah runtuhan Jejambat Morandi adalah tipis.