JOE Biden mengumumkan pasukan ekonominya pada Selasa, yang menurutnya mampu membentuk satu hala tuju baru kepada pemulihan ekonomi, di tengah-tengah sekatan yang dikenakan dalam usaha mengawal penularan COVID-19.
Ketika ini, kadar pengangguran AS berada pada 6.9 peratus setakat Oktober dan kata bakal Presiden Amerika Syarikat itu, isu utama adalah perbelanjaan pengguna yang terkesan.
Ekonomi Amerika bergantung kepada perbelanjaan pengguna dan tanpanya, perniagaan kecil dan sederhana tidak akan berkembang dan akan membuang pekerja, katanya.
Sasarannya bermula 20 Januari ini adalah untuk memastikan pasukan ekonominya fokus kepada pemulihan.
Antara tokoh yang dipilih dalam pasukan tersebut adalah Janet Yellen, iaitu untuk jawatan Setiausaha Perbendaharaan atau Menteri Kewangan.
"Saya tahu kita dalam keadaan yang getir, tetapi ketahuilah, bantuan akan tiba.
"Minggu lepas saya namakan pemegang jawatan penting dalam dasar luar dan keselamatan negara. Dan hari ini, saya umumkan pelantikan pasukan ekonomi yang penting di dalam pentadbiran negara.
"Ini satu pasukan kelas pertama yang akan bantu kita mengharungi krisis ekonomi ketika ini dan membina semula ekonomi, malah ke kedudukan yang lebih baik dari sebelumnya," katanya di Wilmington, Delaware.
Tambahnya, Yellen merupakan calon terbaik untuk pemulihan ekonomi.
"Janet merupakan salah seorang pemikir ekonomi utama negara kita masa kini.
"Beliau sepanjang kerjayanya menumpukan kepada pengangguran dan maruah kerja, iaitu sesuatu yang sangat penting kepada saya dan kepada kita semua.
"Beliau faham apa maknanya kepada masyarakat jika kita mempunyai pekerjaan yang bagus. Beliau dihormati dan dipandang tinggi," kata Biden.
Sementara itu, Yellen dalam ucapannya berikrar akan bekerja ke arah membina semula impian rakyat Amerika.
"Dan kepada penjawat awam yang hebat di Jabatan Perbendaharaan, saya tidak sabar untuk bekerja bersama anda dan membina semula keyakinan rakyat.
"Kepada warga Amerika, kami akan jadi satu institusi yang setiap pagi hanya memikirkan anda, pekerjaan anda, gaji anda, susah payah anda, harapan anda, maruah anda dan kemampuan anda. Terima kasih," katanya.
Pasukan Biden dilihat sebagai liberal, dengan fokus dan kepakaran kepada isu pekerja dan ketidaksamarataan di Amerika.
Sementara itu, Cecilia Rouse yang bakal dilantik sebagai Pengerusi Penasihat Ekonomi menyifatkan keadaan ketika ini adalah mendesak, dan dalam masa sama, merupakan satu peluang untuk digunakan sepenuhnya.
"Tidak pernah kita alami keadaan seperti ini di zaman moden ini. Wujud keperluan mendesak untuk mengakhiri krisis yang dahsyat dan peluang untuk membangun ekonomi yang lebih baik.
"Satu ekonomi yang berkesan untuk semua orang akan membawa peluang pekerjaan yang memuaskan dan tidak ada yang tertinggal di belakang," katanya.
Sementara itu, bakal Naib Presiden Kamala Harris berkata, krisis ekonomi akibat COVID-19 turut meninggalkan kesan terhadap kanak-kanak di negara ekonomi terbesar dunia itu.
"Ini adalah pasukan yang kita perlukan untuk memberikan bantuan ekonomi segera kepada rakyat Amerika bagi memastikan ekonomi kita kembali ke landasan dan ia berfungsi untuk kumpulan pekerja.
"Dan, di seluruh Amerika, satu daripada enam orang dewasa yang mempunyai anak mengakui ahli keluarga mereka dalam kelaparan.
"Yellen bercakap tentang ketiadaan keselamatan makanan dan ia memang merupakan satu masalah sebenar.
"Satu daripada tiga orang dewasa menghadapi masalah untuk membayar bil, iaitu bil yang penting yang perlu diselesaikan setiap hujung bulan," katanya.
Yellen sebelum ini berkhidmat sebagai Pengerusi Simpanan Persekutuan Amerika daripada 2014 hingga 2018.
Rouse sebelum ini pernah berkhidmat bersama Presiden Barack Obama sebagai Penasihat Ekonomi dan merupakan dekan di Princeton University.
Astro Awani
Wed Dec 02 2020
Joe Biden ketika majlis pengumuman barisan kepimpinan dan pasukan ekonominya di Wilmington, Delaware, 1 Dis, 2020. REUTERS
Proses penamaan calon berlangsung 9 pagi ini
Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu (KKB) membuka tirai hari ini dengan bermulanya proses penamaan calon di Dewan Serbaguna Dan Kompleks Sukan Daerah Hulu Selangor.
Penunggang motosikal berkuasa tinggi maut nahas
Mangsa lelaki berusia 34 tahun yang bekerja sebagai pemuzik di DBKL meninggal dunia di tempat kejadian.
Bebaskan pasaran buruh dari perangkap gaji berasaskan kelayakan akademik - Penganalisis
Malaysia harus beralih ke arah penetapan gaji berdasarkan kompetensi pekerja.
Raja Charles III sambung tugas awam minggu depan
Raja Britain, Raja Charles ketiga akan meneruskan tugas awamnya minggu depan setelah cataT perubahan baik dalam rawatan kanser. Baginda akan memulakan dengan lawatan simbolik ke pusat rawatan kanser.
Demonstrasi pro-Palestin di kampus universiti AS
Demonstrasi pro-Palestin tercetus di beberapa kampus utama Amerika Syarikat. Pelajar menuntut gencatan senjata kekal dan menekan Washington untuk menamatkan sumbangan dana tentera kepada Israel.
Dakwaan Israel: PBB masih siasat 8 individu
Pasukan Khas PBB menutup satu kes dan menggantung tiga kes berhubung dakwaan terhadap 12 petugas UNRWA yang terlibat dengan Hamas, susulan kekurangan bukti dari Israel.
Hamas mahu gencatan senjata bersyarat
Hamas komited kuatkuasa gencatan senjata dalam perang dengan Israel, namun dengan syarat yang dituntut.
Penghidap kanser tulang impikan telefon bimbit
Siti Zubaidah, calon SPM yang mengidap kanser tulang, bercita-cita memiliki telefon bimbit untuk merakam kenangan sebelum pergi. Petronas merealisasikan impian ini melalui program 50 Dreams.
Malaysia seru pihak terlibat supaya bertenang dan minta siasatan dijalankan terhadap isu kemanusiaan di Gaza
Malaysia seru semua pihak yang terlibat supaya bertenang dan menghentikan tindakan provokatif yang boleh memburukkan lagi konflik di rantau Asia Barat.
PRK Kuala Kubu Baharu bermula hari ini
PRK DUN Kuala Kubu Baharu dimulakan hari ini dengan proses penamaan calon di Dewan Serbaguna dan Kompleks Sukan Daerah Hulu Selangor. Calon dari parti serta calon bebas boleh serahkan borang pencalonan mulai jam 9 pagi.
Biden rancang untuk berdebat dengan Trump
Sebelum ini, Biden tidak komited untuk berdebat dengan lawannya, Trump.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Biden enggan hadir pendengaran awam - Jawatankuasa Pemantauan Dewan AS
Biden menolak permintaan anggota kongres untuk memberi keterangan secara terbuka sebagai sebahagian daripada siasatan pendakwaan yang tertumpu kepada dakwaan aktiviti jenayah oleh keluarganya.
Jordan tidak benarkan perang serantau berlaku di wilayahnya - Raja Abdullah II
Raja Abdullah menekankan keperluan untuk menghentikan peningkatan konflik di rantau itu dengan segera.
Biden jangka Iran tidak akan berlengah untuk serang Israel
Biden berkata beliau tidak mahu memberi penjelasan lanjut terhadap maklumat risikan sulit diperoleh Washington mengenai rancangan Tehran.
Biden ikrar sokong Israel sekiranya diserang Iran
AS akan terus melindungi keselamatan Israel sekalipun ketika Biden dan Netanyahu sering tidak sependapat konflik di Palestin.
China berharap jadi rakan, bukan pencabar Amerika Syarikat
Perkembangan hubungan China-Amerika Syarikat (AS) yang diterajui pemimpin kedua-dua negara stabil pada masa ini, kata Perdana Menteri China Li Qiang.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Israel "tidak melakukan secukupnya untuk melindungi pekerja bantuan" di Gaza - Biden
Presiden Amerika Syarikat Joe Biden "marah" dan "kecewa" berhubung serangan udara Israel di Gaza yang mengorbankan tujuh pekerja bantuan World Central Kitchen.
Biden menang pemilihan peringkat awal di Dakota Utara
Dalam pemilihan peringkat awal di Dakota Utara, terdapat 13 perwakilan ditawarkan dan kebanyakan pengundian dilakukan melalui undi pos.