Kerajaan Thailand mencadangkan 31 Julai depan untuk mengadakan pungutan suara yang ditunggu-tunggu, bagi membolehkan rakyat membuat keputusan sama ada menerima atau menolak draf perlembagaan yang digubal oleh suruhanjaya yang ditubuhkan.
Timbalan Perdana Menteri Wissanu Krea-ngarm berkata walaupun tarikh itu belum dimuktamadkan, tarikh akhir pungutan suara boleh sama ada dilanjutkan atau dipendekkan kepada tujuh hari mulai 31 Julai.
"Berkempen sama ada 'bersetuju atau tidak bersetuju' mengenai draf perlembagaan (sebelum pungutan suara) akan dibenarkan tetapi ia harus dijalankan mengikut undang-undang pilihan raya dan dalam suasana keamanan dan ketenteraman di negara ini," katanya kepada media di rumah kerajaan di sini, pada Rabu.
Wissanu berkata demikian selepas mempengerusikan mesyuarat dengan beberapa agensi berkaitan untuk mengadakan pungutan suara termasuk Suruhanjaya Pilihan Raya (EC), Biro Bajet dan lain-lain.
Timbalan Perdana Menteri Thai itu berkata terdapat kira-kira 50 juta rakyat Thai yang layak untuk mengundi semasa pungutan suara, daripada keseluruhan 67 juta penduduk.
Beliau berkata rakyat Thailand juga akan mempunyai lebih banyak masa untuk mengundi semasa pungutan suara kerana tempoh mengundi akan dilanjutkan selama satu jam dari waktu asal 8 pagi hingga 3 petang, kepada 8 pagi hingga 4 petang.
Mengenai bajet untuk pungutan suara, beliau berkata EC mencadangkan bajet berjumlah 4.2 bilion Baht (RM491 juta), tetapi kerajaan mahu jumlah itu dikurangkan kepada 3 bilion Baht (RM350 juta).
Beliau berkata EC akan menganjurkan forum awam sebelum pungutan suara bagi membolehkan orang ramai serta parti-parti politik untuk berbincang mengenai draf perlembagaan.
Mengenai soalan 'apa akan berlaku jika rakyat menolak perlembagaan', Wissanu berkata mesyuarat itu tidak menyentuh mengenai perkara tersebut kerana ia dianggap sebagai pelan tindakan berbeza.
Kerajaan tentera Thailand telah mencadangkan untuk mengadakan pungutan suara mengenai draf perlembagaan tahun ini, dan pilihan raya umum tahun depan, sebagai sebahagian daripada pelan tindakan untuk negara berkenaan kembali kepada sistem demokrasi.
Bernama
Wed Feb 10 2016
Terdapat kira-kira 50 juta rakyat Thai yang layak untuk mengundi semasa pungutan suara, daripada keseluruhan 67 juta penduduk. - Gambar Fail
Freedom Flotilla to Gaza: Guinea-Bissau akur kepada Israel, tidak beri kebenaran guna bendera bagi misi pelayaran
Kerajaan Republik Guinea-Bissau dilaporkan tunduk dan akur kepada gesaan Israel untuk tidak membenarkan misi pelayaran Break The Siege: Freedom Flotilla to Gaza menggunakan bendera mereka.
Penyakit berkaitan haba dikhuatiri meningkat di Gaza
Penularan penyakit berkaitan haba panas menjadi kebimbangan terbaharu di Gaza selepas suhu luar jangka melampau melanda wilayah itu setiap hari. Ia sudah semestinya diburukkan lagi dengan kekurangan air bersih dan ketiadaan sistem pembuangan sisa pepejal yang sepatutnya wujud di sesebuah kawasan didiami manusia.
Ilhan Omar melawat peserta tunjuk perasaan
Wakil Dewan Perwakilan Amerika Syarikat (AS) Ilhan Omar mengadakan lawatan di kampus penyokong Pro Palestin di Universiti Columbia New York pada Khamis.
Dua lelaki didakwa jadi 'tali barut' kepada China
Dua lelaki yang mana salah seorangnya pernah bertugas di Parlimen United Kingdom (UK) enjalani proses perbicaraan di mahkamah London pada Jumaat selepas didakwa menjadi tali barut menyalurkan maklumat sulit kerajaan kepada negara tembok besar itu.
Polis serbu pejabat 'Save the Children' di Guatemala
Polis Guatemala melakukan serbuan mengejut ke atas pejabat-pejabat Pertubuhan Save the Children di pelbagai lokasi di negara itu. Ia bagi mencari bukti dakwaan pertubuhan yang memperjuangkan kebajikan kanak-kanak itu, terlibat dalam jenayah penderaan terhadap golongan itu.
LIMA '25 dianjurkan pada 20-24 Mei tahun depan
Pameran Maritim dan Aeroangkasa Antarabangsa Langkawi 2025 (LlMA ‘25) akan dianjurkan pada 20 hingga 24 Mei tahun depan bertemakan Innovate Today, Thrive Tomorrow.
Malaysia komited tingkat hubungan dua hala bersama Libya
Malaysia terus komited mempertingkatkan hubungan dua hala yang berterusan bersama Libya demi manfaat bersama dalam pelbagai sektor.
Demi rakyat, Zahid-Muhyiddin henti saman fitnah
Presiden Umno, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin bersepakat untuk menamatkan pertikaian peribadi antara mereka.
Sultan Selangor berangkat ke Majlis Bacaan Yassin di Pangkalan TLDM
Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah yang juga Kepten Yang Dipertua Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) berkenan berangkat ke Pangkalan TLDM Lumut di Perak bagi menghadiri Majlis Bacaan Yasin, Tahlil dan Khutbah Khas sempena Sambutan Hari TLDM ke-90.
PM Anwar pulangkan elaun Pengerusi Khazanah
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan beliau memulangkan elaun sebagai pengerusi Khazanah Nasional Berhad yang diterimanya dan sekali lagi menegaskan tidak menerima gaji bagi jawatan Perdana Menteri yang disandangnya sejak November 2022.
MPC tutup kempen di Bangkok dengan cemerlang
Dalam aksi peringkat terakhir, pelumba MPC berhasil meraih tempat kedua dengan mempamerkan kemahiran dan keazaman luar biasa.
Mohammad Rifdean idam kontrak ONE Championship, tali pinggang
Atlet dari Sarawak itu memerlukan 78 saat untuk menundukkan Pichai Lookbanmai dengan pukulan TKO dalam pertarungan ONE Friday Fights 56.
Kedutaan lancar kempen promosi produk Malaysia di Thailand
Kempen "Taste of Malaysia" merupakan program berterusan untuk meningkatkan identiti jenama produk Malaysia di Thailand.
Kecoh apabila dua kumpulan pondan bertempur di Bangkok
Polis bergegas ke tempat kejadian sejurus menerima laporan 20 wanita transgender warga Filipina menyerang dua wanita transgender warga Thailand.
Bangkok dilanda jerebu tebal, seluruh Thailand catat udara tidak sihat
Bangkok dan 66 wilayah di Thailand itu terus diselubungi jerebu dengan zarah tidak selamat pada PM2.5 direkodkan pada Khamis.
Bangkok diselubungi asap, pekerja bekerja dari rumah
Bangkok disebungi asap tidak sihat dengan zarah PM2.5 melonjak melepasi paras selamat pada 50 ug/m3, mencetuskan kebimbangan kesihatan awam.
Negara membangun perlu perkukuh sektor logistik dan rantaian bekalan - Ismail Sabri
Penekanan kepada tenaga kerja mahir dan mempromosikan inovasi juga menjadi antara faktor untuk memperkukuh sektor logistik.
Sekurang-kurangnya 20 maut kilang bunga api meletup di Thailand
Sekurang-kurangnya 20 maut dalam satu letupan di sebuah kilang bunga api di Suphan Buri, kira-kira 120 kilometer utara Bangkok pada Rabu.
Thailand rancang perkenal lebih banyak produk, perkhidmatan untuk tarik pelawat Malaysia
Warga Malaysia mendahului dengan 4.56 juta pelawat daripada jumlah keseluruhan 28 juta pelancong yang melawat Thailand pada 2023.
Jenazah Pegawai Kedutaan Malaysia di Bangkok selamat dikebumikan
Jenazah Fadzilah Abu Hasan selamat dikebumikan pada 9.50 malam di Tanah Perkuburan Taman Raudhatul Jannah Khariah, Kampung Limau Manis, Kajang.