Seorang lelaki yang merakamkan adegan seks luar tabii dengan anjing telah dijatuhi hukuman penjara 21 bulan.

Nick Tyson, 51, dari Stoke Golding berhampiran Nuneaton, Warwickshire memberi alasan dia melakukan perbuatan keji dengan haiwan peliharaannya itu kononnya untuk mengatasi kesedihan selepas kehilangan pasangan yang berkongsi hidup selama 23 tahun.

Perbuatannya itu terbongkar selepas pihak berkuasa menemui video tersebut di kediamannya pada Ogos tahun lalu dan turut merampas telefon bimbit serta komputer miliknya.

Tyson juga didapati berkongsi imej tidak senonoh kanak-kanak di internet dan sumbang laku melibatkan haiwan lain.

Mahkamah Warwick Crown memerintahkan dia mendaftar sebagai pesalah seks selama 10 tahun, namun masih dibenarkan membela anjing pada masa depan kerana Tyson tidak berdepan tuduhan berkaitan kebajikan haiwan. - Daily Mail