Sekurang-kurangnya sebilan cedera selepas satu kebakaran dan letupan kuat menggegarkan sebuah kedai roti di Rue Trevise, kawasan bersejarah di tengah Paris.

Kebakaran dipercayai berpunca dari gas bocor.

Lapor awal agensi berita AP, seorang jurucakap polis yang enggan dinamakan berkata tiada laporan kematian setakat ini namun enggan mengulas lanjut.

Letupan berlaku ketika kawalan keselamatan di Paris dipertingkatkan di tengah-tengah bantahan kumpulan ‘vest kuning’.


Letupan berlaku ketika kawalan keselamatan di Paris dipertingkatklan di tengah-tengah bantahan kumpulan ‘vest kuning’ . - Foto Reuters

Sebelum itu letupan kuat memaksa pasukan kecemasan dikejarkan ke tempat kejadian.

Beberapa imej kesan letupan dan runtuhan bangunan yang meliputi kawasan jalan turut tersebar di sosial media, namun belum ada pengesahan mengenainya.

Lapor agensi berita Mirror, pihak polis memberikan amaran agar orang ramai tidak mendekati kawasan kejadian dan mengarahkan kawasan persekitaran dikosongkan untuk pasukan kecemasan.

Beberapa imej kesan letupan dan runtuhan bangunan yang meliputi kawasan jalan turut tersebar di sosial media. - Foto ReutersFoto Reuters