Pihak berkuasa Filipina mengesahkan anggota militan membebaskan tiga lelaki Indonesia pada Jumaat, yang diculik di luar perairan Malaysia awal tahun lalu.

Pembebasan tersebut dibantu dengan penglibatan puak Kumpulan Pembebasan Kebangsaan Moro.

Identiti mereka yang dibebaskan dikenali sebagai Hamdam Salim, Subandi Sattuh dan Sudarlan Samansung.

Susulan pembebasannya, kesemua mereka akan diserahkan kepada Duta Besar Indonesia di Kota Zamboanga Selatan.

Ketiga-tiga mereka diculik selepas ditembak dengan senjata oleh anggota disyaki Abu Sayyaf di Pulau Borneo pada Januari tahun lepas.