PASANGAN suami isteri sanggup berkorban menjual segala aset yang dimiliki dan membawa dua anak perempuannya menerokai dunia dengan bajet yang kecil.
Menurut laporan portal Mirror.uk, Chris dan Donna Jackson dari Hertfordshire berkata, keputusan berani itu dibuat kerana merasakan jarang menghabiskan masa dengan kedua anak perempuan mereka ekoran tuntutan kerja.
Pasangan itu dan anak perempuan mereka Ellie, lapan tahun, dan Miley enam tahun, hanya membawa satu beg pakaian untuk memuatkan semua kelengkapan pengembaraan mereka.
Keluarga itu memulakan pengembaraan sejak Julai tahun lalu dan telah pergi ke lima negara selain berkongsi dengan kira-kira 100,000 pengikut di laman Instagram.
Lebih mengujakan apabila keluarga ini yang hidup dalam serba kekurangan akan menyiarkan gambar mereka menetapkan di sesuatu hotel di laman sosial sebagai imbuhan tinggal di hotel tersebut.
Chris, 35 tahun yang merupakan bekas paramedik di London berkata, kedua-dua anaknya mempelajari lebih daripada apa yang diajar di sekolah.
Sebagai contoh, ketika melawati Costa Rica, keluarga ini telah berdepan dengan pengalaman gunung berapi aktif.
Malah, Chris turut membangkitkan persoalan sebagai "berapa kerap anda belajar mengenai gunung berapi di dalam kelas jika dibandingkan anda melihat sendiri di depan mata?.
"Ini satu pengalaman seumur hidup," katanya.
Selain itu, menjelaskan mengenai tindakannya itu, Chris berkata, dia jarang bertemu dengan isterinya yang merupakan jururawat kanak-kanak selain tiada masa untuk bersama kedua-dua anaknya.
Bagi Donna, 34 tahun pula berkata, dalam dunia kebendaan sekarang, masyarakat lebih cenderung memberikan anak-anak mereka gajet seperti iPads.
"Perkara itu menjauhkan hubungan ibu bapa memandangkan mereka akan menghabiskan masa beberapa jam dengan iPads selain tidak mengajar mereka apa yang mereka perlu tahu," katanya.
Tindakan pasangan itu juga mendapat sokongan positif daripada sekolah anak-anaknya di Borehamwood.
Agensi
Fri Jan 05 2018
Pasangan itu menjual aset untuk membawa dua anak mereka meneroka dunia. - Gambar Instagram.com / jellybeantvuk
TSMC akan hasilkan cip 1.6nm menjelang 2026
Menurut TSMC, teknologi 1.6mm akan memberikan peningkatan prestasi sehingga 8-10% untuk voltan yang sama serta pengurangan penggunaan kuasa antara 15-20% pada kelajuan yang sama.
Anak syarikat SPNB berdepan tindakan penggulungan
Syarikat Wiradani Development Sdn Bhd telah menyerahkan notis untuk menggulung SPNB Aspirasi pada 3 Mei tahun lepas.
Bekas CEO 7-Eleven, Hishammudin Hasan dilantik terajui Al-Ikhsan
Al-Ikhsan Sports Sdn Bhd melantik Datuk Hishammudin Hasan sebagai ketua pegawai eksekutif (CEO) baharunya berkuat kuasa 17 April.
'Inflasi diunjur meningkat suku kedua kesan pelarasan cukai perkhidmatan, rasionalisasi subsidi'
Momentum inflasi diunjur meningkat pada suku kedua tahun ini kesan daripada pelarasan cukai perkhidmatan serta rasionalisasi subsidi bahan api.
Kontroversi UM: Sarjana ‘berkualiti rendah’ tak patut dijemput - PM Anwar
Anwar menyindir ahli akademik AS yang terbabit dalam kontroversi pro-Israel sebagai sarjana berkualiti rendah dan tidak mempunyai pencapaian luar biasa atau istimewa.
Agong, Raja Permaisuri zahir ucapan Ulang Tahun Keputeraan kepada Sultan Terengganu
Ucapan itu dizahirkan Seri Paduka Baginda berdua menerusi poster yang dimuat naik di Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar hari ini.
Ada wajah kita tak mahu berpisah, tapi terpaksa melepaskannya - Datuk Red
Menerusi perkongsian itu, Adnan mengatakan ada perkara yang dia terpaksa reda dan menerima takdir yang sudah tertulis untuknya.
Komen jelik nahas helikopter Lumut, peniaga didenda RM23,000
Seorang peniaga dalam talian didenda RM23,000 di Mahkamah Sesyen di sini, selepas mengaku bersalah atas tuduhan memuat naik komen jelik berhubung nahas helikopter TLDM.
Bursa Malaysia dibuka rendah, jejaki prestasi Wall Street
Pada 9.10 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) susut 2.29 mata kepada 1,566.96 daripada 1,569.25 ketika ditutup pada Khamis.
AWANI Ringkas: Pesawat ringan mendarat cemas di Subang
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Di Jepun, pekerja yang pemalu dan gugup upah agensi untuk berhenti kerja
Pekerja yang pemalu dan gugup boleh upah agensi untuk maklum pada majikan mereka jika mahu berhenti kerja.
Guru tadika terkejut raih ganjaran lebih 10 tahun gaji dalam penstriman langsung
Dengan penampilan dan kaedah pengajarannya yang menarik, Huang telah memperoleh lebih 4.3 juta pengikut pada akaun TikToknya.
Budaya 1MDB: Ikut arahan atau berhenti - Kata bekas CEO
Bekas CEO itu dalam kenyataannya berkata beliau tidak berani membangkitkan kebenaran kerana takut akan menjejaskan kerjaya dalam 1MDB.
Dewan Rakyat: Pekerja Malindo Air boleh failkan representasi pemulihan kerja - Saravanan
Pekerja Malindo Air yang diberhentikan serta-merta juga boleh mendapatkan bantuan Elaun Mencari Pekerjaan (EMP) sehingga 6 bulan.
Berhenti kerja demi jaga anak hidap kanser otot
Terpaksa berhenti kerja sejak sebulan lepas demi memastikan anak perempuan mereka berusia empat tahun Saffiya Aisyah dirawat dengan baik.
PKP: GLC Sabah jangan tamat khidmat atau potong gaji kakitangan - Mohd Shafie
Beliau berkata ini bagi memastikan kakitangan terbabit masih memperoleh gaji bagi menampung kehidupan sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang mencabar ini.
Semua terlibat pemberhentian, pengurangan gaji pekerja diminta lapor kepada Pejabat Tenaga Kerja
Jabatan Tenaga Kerja Semenanjung Malaysia (JTKSM) telah melaksanakan inisiatif menyalurkan maklumat secara telus berhubung perkara itu.
PIKKS selaras pelaksanaan program kesedaran siber - Wan Azizah
Selain orang awam, PIKKS juga akan memfokuskan kepada penerapan amalan kebersihan siber kepada organisasi awam dan swasta termasuk Infrastruktur Maklumat Kritikal Negara (CNII).
Bekas pegawai khas tertekan, Najib arah ke China untuk 'selamatkan' hutang 1MDB
Ia bermula dengan arahan untuk pergi ke China bertujuan mengesahkan terdapat persefahaman untuk meningkatkan hubungan dan pelaburan Malaysia-China.
'Isteri hanya pertahan suami yang dikecam, dihina'
Aida membuka mulut mengenai perletakan jawatan suaminya yang dibuat pada tahun 2015 di Instagram dan menyifatkan 'Media Itu Bersifat Dimiliki'.