HARI INI, muka depan akhbar The Press New Zealand mendapat perhatian seluruh dunia.

Dengan hanya perkataan Salam yang dieja dalam bahasa Arab dan juga dialih bahasa menjadi Salam, Peace, muka depan akhbar ini menjadi viral di seluruh dunia.

Selain itu, nama-nama mangsa yang terkorban dalam tragedi solat Jumaat yang berlaku di dua buah masjid iaitu Masjid Al Noor dan Masjid Linwood juga diletakkan di dada akhbar.

Di sebalik perkataan ‘salam’ itu membawa sejuta makna dan tanda penghormatan buat golongan minoriti di New Zealand, umat Islam yang diserang pengganas di Christchurch.

BACA: 5 perkara yang boleh kita belajar dari Tragedi Christchurch

BACA: Jacinda Ardern sebak ketika dengar khutbah



Memetik laporan portal Geo.tv, akhbar tempatan lain juga turut memberi penghormatan terhadap kejadian berdarah itu seperti New Zealand Herald, The Dominion Post dan Otago Daily Times.


Bukan sahaja akhbar yang memberi penghormatan bahkan seluruh New Zealand turut bertafakur selama dua minit semasa Azan semasa solat Jumaat disiarkan secara langsung.


Hari ini genap seminggu insiden ini berlaku dan rakyat New Zealand terus menzahirkan sokongan dan solidariti walaupun ia bukan sebuah negara Islam.