BEKAS perdana menteri dalam buangan, Thaksin Shinawatra, akhirnya bersuara menerusi satu catatan Twitter, beberapa hari selepas adik perempuannya, Yingluck, melarikan diri ke negara yang tidak didedahkan.Yingluck, 50, bekas perdana menteri wanita pertama Thailand, melarikan diri dari negara ini selepas gagal menghadiri prosiding mahkamah pada Jumaat lepas untuk mendengar keputusan berhubung satu kes yang boleh menyebabkan beliau dipenjarakan sehingga 10 tahun, jika sabit kesalahan.
Dalam catatan Twitter itu, dengan memetik kata-kata seorang ahli politik Perancis, Thaksin berkata: "Montesquieu pernah berkata 'Tiada kezaliman paling kejam yang kekal dilindungi oleh undang-undang dan atas nama keadilan. "Yingluck menjadi perdana menteri Thailand pada Ogos 2011 sebelum digulingkan dalam perebutan kuasa pada Mei 2014, beberapa hari sebelum pihak tentera melaksanakan rampasan kuasa.
Beliau telah dituduh melakukan kecuaian dalam skim subsidi padi semasa menjadi perdana menteri.
Thaksin juga melarikan diri dari Thailand pada 2008 kerana mahu mengelak perbicaraan rasuah.
Sementara itu, Perdana Menteri Jeneral Prayut Chan-o-cha yang ditemui di Rumah Kerajaan di sini, hari ini, juga ditanya tentang catatan Twitter Thaksin.
"Biarlah dia buat. Apa yang (saya) boleh buat, terpulanglah kepada anda jika mahu mempercayainya. Fikirlah sendiri," katanya sambil menunjuk kepalanya.
Sebelum ini, Panglima Tentera Darat Thailand Jeneral Chalermchai Sittisart menuduh Thaksin yang merancang tindakan Yingluck melarikan diri dari negara ini.
Polis Thailand juga telah memulakan siasatan berhubung insiden itu termasuk mendapatkan bantuan dan maklumat daripada beberapa negara seperti Kemboja, Singapura dan Emiriah Arab Bersatu.
Yingluck dipercayai berada di Dubai, di mana Thaksin dilaporkan memiliki sebuah rumah.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Aug 30 2017
Thaksin juga melarikan diri dari Thailand pada 2008 kerana mahu mengelak perbicaraan rasuah. - Gambar fail
AWANI Pagi: Kesan kesihatan makan lewat malam
Benarkah dakwaan makan lewat malam boleh mengakibatkan masalah kesihatan dan obesiti, hingga wujud desakan kedai makan 24 jam dilarang beroperasi 24 jam? Ikuti penjelasannya bersama Prof Dr Norhasmah Sulaiman, Profesor Jabatan Pemakanan, Fakulti Perubatan dan Sains, Kesihatan Universiti Putra Malaysia.
Amnesty gesa universiti AS tarik balik tindakan keras terhadap protes Gaza
Dalam satu laporan, badan pemantau hak asasi mengutuk penindasan ke atas pelajar yang melakukan protes terhadap perang di Gaza.
Ruhainies mohon maaf kepada Bella Astillah, luah hasrat untuk bertemu
"Dengan rasa rendah hati, saya ingin mohon maaf kepada Bella Astillah atas segalanya yang telah berlaku."
Universiti perlu tapis aktiviti namun tidak sehingga ganggu keterbukaan, autonomi - Pakar
Abu Hafiz berpandangan ia perlu dilaksana bagi mengelakkan kontroversi khususnya membabitkan isu sensitif serta polisi negara.
'Man Kubur' tolak rasa malu, teruskan legasi ayah hasilkan kepok kubur
Dikman mengakui minat terhadap pembuatan kepok timbul sejak di bangku sekolah rendah lagi apabila sering membantu bapanya di bengkel.
UTM lancar Hab Malaysia Erasmus+
Ia bermatlamat meningkatkan kerjasama antara universiti dan diplomat yang mampu memberi panduan kepada pihak dalam sektor pendidikan tinggi.
Ancaman bom: Pusat Kargo KLIA gempar ancaman bom, rupanya laptop
Pusat Kargo Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) gempar apabila mesin pengimbas menerima bungkusan tertera ayat ancaman bom, pada Khamis
WFP: Utara Gaza diancam kebuluran kritikal
Timbalan Pengarah Eksekutif Program Makanan Sedunia (WFP), Carl Skau, menegaskan perlunya lebih banyak akses bantuan untuk mengatasi masalah kebuluran yang kritikal di utara Gaza.
Tentera AS mula pembinaan jeti sementara di Gaza
Tentera Amerika Syarikat memulakan pembinaan jeti sementara bagi penghantaran bantuan ke Gaza, diumumkan oleh Setiausaha Akhbar Jabatan Pertahanan, Patrick Ryder.
Kekejaman zionis: Penemuan kubur besar di Hospital Gaza perlu disiasat
Pasukan pertahanan awam Palestin gesa Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menyiasat penemuan hampir 400 mayat dari kubur besar di hospital di Gaza selepas tentera Israel meninggalkan fasiliti kesihatan itu.
MPC tutup kempen di Bangkok dengan cemerlang
Dalam aksi peringkat terakhir, pelumba MPC berhasil meraih tempat kedua dengan mempamerkan kemahiran dan keazaman luar biasa.
Mohammad Rifdean idam kontrak ONE Championship, tali pinggang
Atlet dari Sarawak itu memerlukan 78 saat untuk menundukkan Pichai Lookbanmai dengan pukulan TKO dalam pertarungan ONE Friday Fights 56.
Kedutaan lancar kempen promosi produk Malaysia di Thailand
Kempen "Taste of Malaysia" merupakan program berterusan untuk meningkatkan identiti jenama produk Malaysia di Thailand.
Kecoh apabila dua kumpulan pondan bertempur di Bangkok
Polis bergegas ke tempat kejadian sejurus menerima laporan 20 wanita transgender warga Filipina menyerang dua wanita transgender warga Thailand.
Bangkok dilanda jerebu tebal, seluruh Thailand catat udara tidak sihat
Bangkok dan 66 wilayah di Thailand itu terus diselubungi jerebu dengan zarah tidak selamat pada PM2.5 direkodkan pada Khamis.
Bangkok diselubungi asap, pekerja bekerja dari rumah
Bangkok disebungi asap tidak sihat dengan zarah PM2.5 melonjak melepasi paras selamat pada 50 ug/m3, mencetuskan kebimbangan kesihatan awam.
Negara membangun perlu perkukuh sektor logistik dan rantaian bekalan - Ismail Sabri
Penekanan kepada tenaga kerja mahir dan mempromosikan inovasi juga menjadi antara faktor untuk memperkukuh sektor logistik.
Sekurang-kurangnya 20 maut kilang bunga api meletup di Thailand
Sekurang-kurangnya 20 maut dalam satu letupan di sebuah kilang bunga api di Suphan Buri, kira-kira 120 kilometer utara Bangkok pada Rabu.
Thailand rancang perkenal lebih banyak produk, perkhidmatan untuk tarik pelawat Malaysia
Warga Malaysia mendahului dengan 4.56 juta pelawat daripada jumlah keseluruhan 28 juta pelancong yang melawat Thailand pada 2023.
Jenazah Pegawai Kedutaan Malaysia di Bangkok selamat dikebumikan
Jenazah Fadzilah Abu Hasan selamat dikebumikan pada 9.50 malam di Tanah Perkuburan Taman Raudhatul Jannah Khariah, Kampung Limau Manis, Kajang.