U Win Myint, bekas Speaker Dewan Perwakilan Rakyat, telah dipilih sebagai presiden baharu Myanmar, lapor agensi berita China Xinhua memetik kenyataan Parlimen Kesatuan.

Parlimen Kesatuan telah menjalankan pemilihan presiden baharu Myanmar bagi mengisi kekosongan yang ditinggalkan selepas U Htin Kyaw mengumumkan peletakan jawatan itu pada minggu lepas atas alasan kesihatan.

-- BERNAMA