PEMINAT Disney di Malaysia tidak sabar menantikan tayangan versi baru filem, Beauty and the Beast yang dijadualkan bermula 30 Mac ini.

Bagaimanapun, filem asal (filem animasi) yang ditayangkan pada tahun 1991 akan kekal istimewa dalam kalangan penonton.

Dengan musim Beauty and the Beast ini, berikut adalah 6 perkara yang anda mungkin tidak tahu mengenai filem animasi Disney ini.

1. Watak Belle diinspirasikan daripada filem Little Women

little women
Kredit gambar: imdb.com

"Ada banyak karakter Katharine Hepburn dalam watak Belle," kata penulis skrip, Linda Woolverton seperti dipetik dari portal InStyle.

"Walaupun watak Jo mempunyai unsur 'tomboi', kedua-dua mereka merupakan wanita yang kuat, suka membaca dan ingin melakukan yang terbaik dalam kehidupannya.


2. Mrs. Potts pada asalnya dinamakan sebagai Mrs. Chamomile

Mrs Potts
Kredit gambar: imdb.com

Menurut portal Business Insider, semasa penayangan khas filem asal Beauty and The Beast sempena sambutan ulang tahun di New York pada 18 September lalu, penerbit filem itu, Don Hahn mendedahkan nama asal Mrs.Potts - iaitu Mrs. Chamomile.

“Pada masa itu, kami sedang mencari nama yang membawa erti tenang - kami tampil dengan nama Mrs. Chamomile," kata Hahn.

Chamomile adalah teh herba yang sangat menenangkan, tetapi tiada siapa boleh menyebutnya. Jadi Howard [Ashman] berkata, 'Mari kita panggil dia sebagai Mrs. Potts.


3. Hanya Belle memakai pakaian berwarna biru di kampungnya

Belle
Kredit gambar: imdb.com

Ia bertujuan untuk menunjukkan bagaimana dia tidak padan dalam 'bandar kecil' itu atau menetap di kampung.

4. Belle merupakan 'puteri' Disney kedua yang bukan berketurunan raja

belle
Kredit gambar: imdb.com
Belle hanya akan menjadi seorang puteri selepas perkahwinannya dengan Putera Adam. 'Puteri' Disney pertama yang tidak dilahirkan dalam keturunan diraja adalah Cinderella. Tiana merupakan yang ketiga.

5. Watak Putera tidak diberi nama

Prince Adam
Kredit gambar: imdb.com

Nama putera/hero tidak pernah disebut dalam filem asalnya. Hero hanya dirujuk sebagai 'Beast' dan 'Prince'.

Walau bagaimanapun, dalam permainan trivia berlesen (CD-Rom) yang dilancarkan selepas beberapa tahun filem itu ditayangkan, putera itu digelar sebagai Prince Adam.

6. Kutipan box office yang tinggi

Beauty and the Beast adalah filem animasi yang pertama untuk meraih kutipan box office lebih AS$100 juta (RM443 juta).