awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Remaja lelaki ditemukan lemas terjatuh dalam sungai di Jeli
Penjenamaan semula Hospital Pakar Pusrawi perkukuh perkhidmatan kesihatan patuh syariah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Beauty and the Beast diramal pecah rekod tayangan minggu pertama dengan kutipan tertinggi

Madiha Abdullah
Madiha Abdullah
19/03/2017
13:00 MYT
Beauty and the Beast diramal pecah rekod tayangan minggu pertama dengan kutipan tertinggi
Beauty and the Beast, dijangka bakal menjadi salah satu filem dengan kutipan pembukaan tertinggi dalam sejarah.
Produk terbaharu terbitan Disney, Beauty and the Beast, dijangka bakal menjadi salah sebuah filem dengan kutipan pembukaan tertinggi dalam sejarah.
The Los Angeles Times melaporkan, pemerhati filem antarabangsa meramalkan filem tersebut akan mencecah kutipan sekitar AS$170 juta menjelang pagi Isnin.
Di Amerika Syarikat dan Kanada, Beauty and the Beast telah merekodkan kutipan AS$63 juta sejak mula ditayangkan pada Jumaat.
Jika apa yang diramalkan itu menjadi kenyataan, filem lakonan Emma Watson itu akan menjadi filem pertama yang mencecah kutipan lebih AS$100 juta pada minggu pertama tayangan, buat tahun 2017.
Ia juga akan menjadi filem tayangan bulan Mac paling berjaya, mengatasi kutipan AS$165 juta yang dicatat filem "Batman v. Superman: Dawn of Justice” yang ditayangkan Mac tahun lalu.
Beauty and the Beast sebelum ini mencipta kontroversi di beberapa negara, termasuk Malaysia, apabila menayangkan satu babak 'gay moment' berdurasi empat minit.
Ia mengakibatkan tayangannya yang sepatutnya bermula 17 Mac lalu, ditangguhkan.
Lembaga Penapisan Filem (LPF) mengarahkan agar babak itu dipotong, namun Disney enggan berbuat demikian.
Buat masa ini, belum ada kepastian jika penonton di negara ini akan berpeluang menontonnya di panggung.
TONTON: Kuasa tapis filem di bawah KDN
BACA: Beauty and the Beast tidak diizin siar jika adegan gay tidak ditapis - Nur Jazlan
Topic Berkaitan
#Beauty and the Beast
#filem
#Rekod
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan