'Congrats Fadza dapat madu' - Ambil foto bersama Awal Ashaari, netizen usik Vivy Yusof

'Congrats Fadza dapat madu' - Ambil foto bersama Awal Ashaari, netizen usik Vivy Yusof
Foto yang dimuat naik oleh Awal menerusi akaun Instagramnya itu merakamkan Vivy seolah-olah menyandarkan badannya bersama aktor itu. - Foto Instagram
USAHAWAN terkenal dan pengasas jenama Duck Scarf, Datin Vivy Yusof diusik netizen apabila bergambar bersama pelakon Awal Ashaari.
 
Foto yang dimuat naik oleh Awal menerusi akaun Instagramnya itu merakamkan Vivy seolah-olah menyandarkan badannya bersama aktor itu manakala suaminya, Datuk Fadza Anuar pula berada disebelahnya.
 
“Drivers Breakfast Club,” tulisnya ringkas.

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Drivers Breakfast Club. #noitsnotwhatyouthinkitis

A post shared by Awal Ashaari ® (@awalashaari) on

 
Menerusi ruangan komen, rata-rata netizen mengusik Vivy dan memberikan komen-komen lucu kepada wanita cantik itu.



 
Kepada pembaca, bagaimanapun jangan cepat melatah kerana itu semua hanyalah disebabkan efek sudut foto berkenaan diambil sahaja.
 
Vivy dan Fadza Anuar telah mendirikan rumah tangga pada tahun 2012 dan dikurniakan tiga cahaya mata, Daniel Azim Shah, 5, Mariam Iman Shah, 3 dan Sarah Ilham shah yang dilahirkan pada 10 Oktober tahun lalu.
 

Tag: Instagram, Vivy Yusof, Awal Ashaari, Fadza Anuar, Duck Scarf, Usahawan


Komen Anda?

* Klik pada "Sort by" untuk kemaskini komen

PENAFIAN:
Astro AWANI tidak bertanggungjawab terhadap pendapat yang diutarakan melalui artikel ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Terima kasih.