'Dulu rumah buruk, anai-anai berkampung' - Wak Doyok hadiahkan banglo untuk ibu

'Dulu rumah buruk, anai-anai berkampung' - Wak Doyok hadiahkan banglo untuk ibu
Wak Doyok: 'Saya hanya menumpang sahaja. Akhir kata apa yang saya kerjakan selama ini adalah untuk ibu saya. Kekasih, bini Itu semua boleh dicari tak hari ni tak lusa.' - Foto IG Wak Doyok
PERSONALITI fesyen, Wak Doyok bersyukur apabila impian menghadiahkan rumah banglo buat ibunya yang berusia 76 tahun itu tercapai.

Wak atau nama sebenarnya Mohd Azwan Md Nor, 36 tahun berkata sudah lama dia menyimpan hasrat untuk berbuat demikian demi keselesaan orang tuanya.

“Alhamdulilah saya bersyukur yang teramat sangat kepada Allah hari ni saya dapat senyumkan, ketawakan, gembirakan ibu saya yang selama ini menjaga saya membesarkan saya memberi pendidikan akhlak yang baik untuk menjadikan saya insan yang berbakti kepada kedua ibu bapa saya.

“Tiada yang berharga dalam hidup saya ia adalah untuk membahagiakan ibu dan bapa. Saya bekerja siang dan malam mencari rezeki. Selama beberapa tahun saya usahakan dengan mengunakan nama saya iaitu Wak Doyok walaupon dicaci dihina dimaki disosial media.

“Matlamat saya adalah untuk keluarga saya selagi ibu saya masih ada selagi itulah saya terus menjaga dia,” kongsinya menerusi satu video pendek yang dimuant naik di akaun Instagramnya semalam.

Jelas Wak Doyok lagi, video itu dimuat naik bukan dengan niat untuk menunjuk-nunjuk sebaliknya mahu berkongsi kesusahan yang pernah dialaminya sebelum ini.

“Saya bukan hendak menunjuk-nunjuk tetapi ini adalah hadiah saya sebuah rumah banglo saya buat khas untuk ibu saya yang berusia 76 tahun saya berilah sedikit keselesaan untuk nya menikmati sisa-sisa hidupnya di rumah baru ini.

“Tuan-tuan,mesti tahu yang saya dulu adalah orang yang sangat susah sekali, rumah buruk retak seribu anai-anai berkampung disitu.

“Betapa peritnya saya lalui liku-liku hidup untuk berada di tahap sekarang ini. Saya berjaya bukan saya menipu orang atau menjatuhkan orang lain.

“Saya berjaya atas berkat doa kedua ibu bapa saya selama ini tak putus-putus berdoa agar anaknya berjaya.

“Bukan untuk kaya raya tetapi sekadar hidup selase di samping ibu dan bapa tercinta. Ini semua adalah hak ibu saya.

“Saya hanya menumpang sahaja. Akhir kata apa yang saya kerjakan selama ini adalah untuk ibu saya. Kekasih, bini Itu semua boleh dicari tak hari ni tak lusa.

“Tetapi ibulah hanya satu dalam sejuta. Sayangilah ibu kita kerana dia adalah kunci segala rezeki dalam dunia ini. Dialah amanah Allah untuk kita menjaga sehingga hembusan nafas terakhir,” coretnya.
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Alhamdulilah saya bersyukur yang teramat sangat kepada Allah hari ni saya dapat senyumkan,ketawakan,gembirakan ibu saya yang selama ini menjaga saya membesarkan saya menberi pendidikan akhlak yang baik untuk menjadikan saya insan yang berbakti kepada kedua ibu bapa saya. Tiada yang berharga dalam hidup saya ia adalah untuk membahagiakan ibu dan bapa. Saya bekerja siang dan malam mencari rezeki selama beberapa tahun saya usahakan dengan mengunakan nama saya iaitu Wak Doyok walaupon dicaci dihina dimaki disosial media. Matlamat saya adalah untuk keluarga saya selagi ibu saya masih ada selagi itulah saya terus menjaga dia. Saya bukan hendak menunjuk-nunjuk tetapi ini adalah hadiah saya sebuah rumah banglo saya buat khas untuk ibu saya yang berusia 76 tahun saya berilah sedikit keselesaan untuk nya menikmati sisa-sisa hidupnya di rumah baru ini. Tuan-tuan mesti tahu yang saya dulu adalah orang yang sangat susah sekali rumah buruk retak seribu anai-anai berkampung disitu. Betapa peritnya saya laluai liku-liku hidup untuk berada di tahap sekarang ini. Saya berjaya bukan saya menipu orang atau menjatuhkan orang lain. Saya berjaya atas berkat doa kedua ibu bapa saya selama ini tak putus-putus berdoa agar anak nya berjaya. Bukan untuk kaya raya tetapi sekadar hidup selase di samping ibu dan bapa tercinta. Ini semua adalah hak ibu saya. Saya hanya menumpang sahaja. Akhir kata apa yang saya kerjakan selama ini adalah untuk ibu saya. Kekasih,bini Itu semua boleh dicari tak hari ni tak lusa. Tatapi ibulah hanya satu dalam sejuta. Sayang gi lah ibu kita kerana dia adalah kunci segala rezeki dalam dunia ini. Dialah amanah Allah untuk kita menjaga sehingga hembusan nafaz terakhir.