PELAKON terkenal Bollywood, Kajol, akhirnya membuka akaun Facebook rasmi, yang dinamakan OfficialKajolDevgan.

Biarpun sudah memiliki akaun Twitter dan Instagram rasmi sebelum ini, namun inilah kali pertama aktres berusia 42 tahun itu membuka akaun rasmi Facebook.

Menariknya, keputusan untuk membuka akaun Facebook itu dibuat sebaik sahaja dia selesai melawat ibu pejabat Facebook di Menlo Park, California.


Status pertama yang dimuat naik Kajol adalah sebuah video, pada Sabtu.

Dalam video berdurasi 25 saat itu, bintang Dilwale itu berkongsi rasa gembira dan sangat teruja dengan lawatan tersebut.


Turut serta dalam lawatan itu adalah suaminya, aktor dan penerbit, Ajay Devgan.

Baru sehari dilancarkan, akaun rasmi Kajol itu telah mengumpul hampir 1.4 juta pengikut.