BAGI Alif Satar, dapat melihat dan mendengar ceramah secara langsung merupakan satu impian yang menjadi kenyataan.

"Alhamdulillah, rasa macam dream come true juga.Selalu sebelum tidur mesti tengok ceramah kat YouTube saja.

"Kali ini tengok live dikelilingi dengan orang yang sama-sama nak belajar dan dengar peringatan," tulis Alif pada satu entri di Instagramnya pada Selasa.

Menurut Alif, selepas mendengar ceramah jiwanya menjadi berkobar-kobar.

alhamdulillah.. rasa macam dream come true juga. selalu sebelum tidur, mesti tengok ceramah kat youtube saja.. kali ni tengok live dikelilingi dengan orang yang sama-sama nak belajar dan dengar peringatan.. padahal harini hari bekerja, PENUH masjid wilayah!



"Semangat pasal apa aku sendiri tidak tahu, but it feels good," kata Alif.

Alif juga berharap dia akan dapat terus memastikan keseimbangan dalam hidupnya.

Hari ini juga Alif Satar akan ke UK untuk membuat persembahan di beberapa tempat bersama kumpulannya.