Tutup

Wow! Filem Sangkar dapat kutipan RM12 juta dalam masa 24 hari!

Wow! Filem Sangkar dapat kutipan RM12 juta dalam masa 24 hari!
Filem sangkar menonjolkan keistimewaan dengan mengetengahkan sukan seni bela diri campuran (MMA) buat pertama kalinya dalam sejarah pembikinan filem di Malaysia.
FILEM terbaru arahan Kabir Bhatia, Sangkar telah mendapat kutipan sebanyak RM12 juta selepas 24 hari ditayangkan di pawagam.

Perkara itu dikongsi oleh Astro Shaw menerusi sebuah entri di akaun Instagram mereka.

"Latest news! Sangkar telah berjaya mendapat kutipan melebihi RM12 juta dalam masa 24 hari," tulis pengendali akaun di ruangan kapsyen.

Dalam pada itu, petikan kata-kata dari seorang penonton yang menggunakan nama @shazzyrina2 turut diletakkan di kapsyen terbabit.
"Love teroksss dengan #SangkarMovie rasa nak tengok sepuluh kali je #SangkarMovie was 10000000000000000000000000000000000/10 banyak nangis banyak gelak jee best gilaa!!!" tulisnya.
 

Sedikit info mengenai Sangkar, filem ini menonjolkan keistimewaan dengan mengetengahkan sukan seni bela diri campuran (MMA) buat pertama kalinya dalam sejarah pembikinan filem di Malaysia.

Bukan itu sahaja, Sangkar juga turut memaparkan elemen persahabatan, kekeluargaan, agama dan banyak lagi
Sangkar dibintangi oleh Remy Ishak, Zul Ariffin, Mira Filzah, Ray Era, Nik Adam Mika dan ramai lagi.

Jangan lepaskan peluang untuk menonton Sangkar yang masih ditayangkan di 108 pawagam seluruh negara.

Selain itu, Sangkar turut ditayangkan di Brunei dan Singapura, jangan lepaskan peluang untuk menyaksikannya!


Tag: Instagram, MMA, Mixed Martial Arts, Malaysia, sangkar, filem, Kabir Bhatia, Sangkar



Komen Anda?

* Klik pada "Sort by" untuk kemaskini komen

PENAFIAN:
Astro AWANI tidak bertanggungjawab terhadap pendapat yang diutarakan melalui artikel ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Terima kasih.