DARI pelbagai berita yang disampaikan sepanjang hari ini (Isnin, 23 September 2019), berikut adalah 10 berita yang menjadi pilihan pengikut Astro AWANI:

1) 1MDB: Jho Low ada akses terus dengan Najib - Shahrol

Ahli perniagaan buruan polis, Low Taek Jho atau lebih terkenal dengan panggilan Jho Low mempunyai hubungan baik dengan bekas Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak.

2) 1MDB: Amhari tidak terima arahan Najib untuk lapor polis, SPRM

Bekas Pegawai Khas kepada Datuk Seri Najib Tun Razak, Datuk Amhari Efendi Nazaruddin hari ini memberitahu mahkamah beliau tidak pernah menerima sebarang arahan daripada bekas Perdana Menteri itu untuk membuat sebarang laporan polis dan SPRM berhubung isu 1MDB itu.

3) Jerebu: Peratusan penyakit asma, konjuntivitis meningkat

Kesan daripada jerebu yang melanda negara telah mengakibatkan penyakit asma dan konjuntivitis mencatatkan peningkatan kes di seluruh negara.

4) Jerebu: Semua sekolah beroperasi esok

Semua sekolah di seluruh negara akan beroperasi seperti biasa pada Selasa berikutan keadaan jerebu dan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) terkini semakin berkurangan.

5) Dr Mahathir penerima sulung Anugerah Kelestarian Canselor USM

Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menjadi penerima sulung Anugerah Khas Kelestarian Canselor Universiti Sains Malaysia (USM) pada Upacara Konvokesyen Komemoratif sempena ulang tahun ke-50 universiti itu, hari ini.

6) Polis tembak mati empat penjenayah di tempat letak kereta kondominium di Cyberjaya

Polis menembak mati empat penjenayah di kawasan tempat letak kereta di sebuah kondominium di Cyberjaya kira-kira jam 11 pagi tadi.

7) Ibu dan teman lelaki ditahan dipercayai dera anak berusia lima tahun

Polis menahan seorang wanita dan teman lelakinya kerana dipercayai telah mendera anak kandung wanita itu yang berusia lima tahun dalam kejadian di sebuah rumah di Jelutong, Pulau Pinang.

8) 'Saya pam, darah melimpah' - Lelaki jumpa mayat bayi bertali pusat dalam mangkuk tandas

Mayat seorang bayi lelaki yang dipercayai baru dilahirkan ditemui di dalam lubang tandas di Terminal Sentral Kuantan (TSK) di Kuantan, pagi tadi.

9) Bahana bilik darjah runtuh, tujuh murid maut

Sekurang-kurangnya tujuh murid sekolah maut selepas sebuah bilik darjah runtuh di Nairobi, Kenya pada Isnin.

10) UFC: Tony Ferguson mahukan Khabib... Disember ini

Tony Ferguson mahu pertarungannya dengan Khabib Nurmagomedov diadakan seawal hujung tahun ini iaitu pada 14 Disember di acara UFC 242.