ANTARA pelbagai berita dari dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah 10 berita yang paling mendapat tumpuan sepanjang hari ini, Sabtu, 2 November 2019.

1) Pelumba Afridza Munandar meninggal dunia selepas terbabit kemalangan di Litar Sepang

Salah seorang pelumba untuk perlumbaan sokongan sempena Grand Prix (GP) Malaysia, Asia Talent Cup, Afridza Munandar disahkan meninggal dunia dalam satu kemalangan di Litar Antarabangsa Sepang (SIC), pada petang Sabtu.

2) Khianat dan bakar kereta polis, lelaki mabuk ditahan

Polis menahan seorang lelaki kerana disyaki membakar sebuah kereta Toyota Vios milik pegawai polis di tepi jalan di Kampung Hilir di sini pada malam Jumaat.

3) JDT mengaum... julang Piala Malaysia!

Johor Darul Takzim (JDT) menamatkan musim 2019 dengan penuh gemilang apabila menewaskan Kedah 3-0 untuk menjulang Piala Malaysia edisi 2019.

4) Cuti khas peristiwa, sempena kejayaan JDT juarai Piala Malaysia

Rakyat negeri Johor akan menikmati cuti khas pada Ahad ini (3 November) sempena meraikan kemenangan skuad Johor Darul Takzim (JDT) menewaskan Kedah di peringkat akhir Piala Malaysia 2019.

5) Seorang maut, seorang melecur dalam kebakaran di Betong

Seorang lelaki maut manakala seorang lagi melecur teruk dalam insiden kebakaran di sebuah rumah, di Perumahan Bebangai di sini petang Sabtu.

6) Stupidity is a chronic disease caused by laziness of reading

Knowledge doesn’t come through night dreams nor falls from the blue sky. It has to be delved from a reading of truthful content, writes Amerul Azry Abdul Aziz.

7) ASEAN dan FIFA meterai kerjasama pembangunan sosial serantau

ASEAN memeterai Memorandum Persefahaman (MoU) komprehensif bersama Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) bagi mejadikan sukan bola sepak sebagai pemangkin pembangunan sosial dan gaya hidup sihat rantau ini.

8) Razlan berang, kecewa insiden kecurian di litar Sepang

Insiden itu sedikit sebanyak memberi gambaran negatif terhadap SIC khususnya dari segi kualiti kawalan keselamatan sepanjang penganjuran MotoGP Grand Prix (GP) Malaysia.

9) Bot laju bertembung, kemeriahan Pesta Kanowit bertukar cemas

Kemeriahan acara Perlumbaan Power Bot Pesta Kanowit yang berlangsung di Sungai Rajang di sini pagi tadi, bertukar tragedi apabila seorang peserta mengalami kecederaan parah selepas bot dipandu terlibat dalam kemalangan.

10) Kanak-kanak meratap mayat ibu dilanggar kereta

Gambar seorang kanak-kanak menangis di sebelah mayat ibunya yang bekerja sebagai petugas pembersihan di Kota Makassar di sini meruntun hati netizen.