KUALA LUMPUR: ANTARA pelbagai berita tempatan yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini, Isnin, 1 Mac 2021.

1) Vaksin COVID-19: Denda, kompaun untuk orang potong giliran - Khairy

Kerajaan mempertimbangkan tindakan denda dan kompaun kepada mana-mana individu yang cuba memotong giliran untuk mendapatkan vaksin. 

2) Kerajaan sedia bantuan bersasar dalam tempoh terdekat - Muhyiddin

Kerajaan akan menyediakan bantuan secara bersasar dalam tempoh terdekat kepada kumpulan rentan, terutamanya golongan miskin serta golongan yang mengalami kehilangan pendapatan.

3) COVID-19: 1,828 jangkitan baharu , Johor rekod 490 kes, 5 korban

Malaysia merekodkan sebanyak 1,828 kes baharu COVID-19 dengan menyaksikan lima pertambahan kes kematian. 

4) "Orang sekarang masuk politik untuk isi poket, dapat Tan Sri, Datuk" - Tun M

Tun Dr Mahathir Mohamad mendedahkan, ketika menjadi Perdana Menteri gaji beliau hanyalah RM20,000 sebulan, sementara pendapatan menteri-menteri Kabinet sekitar RM14,000 sahaja.

Bagaimanapun, hari ini, kata negawaran itu, gaji menteri sahaja sudah mencecah RM70,000 seorang.

5) Mahkamah Persekutuan putus Nurul Izzah, PKR tidak fitnah NFCorp

Mahkamah Persekutuan Putrajaya memutuskan Ahli Parlimen Permatang Pauh, Nurul Izzah Anwar dan PKR tidak memfitnah National Feedlot Corporation Sdn Bhd (NFCorp) dan Pengerusi Eksekutifnya, Datuk Seri Mohamad Salleh Ismail berhubung pembelian lapan unit hartanah di KL Eco City.

6) Ibu kandung, kekasih didakwa bunuh anak berusia 4 tahun

Seorang wanita dan teman lelakinya dihadapkan ke Mahkamah Majistret Bandar Baru Bangi hari ini, atas pertuduhan membunuh anak kandungnya yang berusia empat tahun bulan lepas.

7) "Saya sanggup kumpul tujuh dulang hati nyamuk" - Rayu Ketua Polis Negara pada JPA

Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador membayangkan kesanggupan beliau mengumpul tujuh dulang hati nyamuk sekiranya itu syarat yang diberikan oleh kerajaan untuk menambah anggota bagi Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik.

8) Lebih lima sindiket dadah didalangi VVIP - Ketua Polis Negara

Ketua Polis Negara Tan Sri Abdul Hamid Bador mendedahkan, terdapat lebih lima sindiket dadah yang didalangi VVIP bergelar Datuk dan Tan Sri.

9) Perikatan Nasional bergelut 'beli'dan 'ugut' MP sebelum sidang Parlimen - Anwar Ibrahim

Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim mendakwa, kerajaan Perikatan Nasional (PN) ketika ini sedang bergelut untuk 'membeli dan mengugut' mana-mana Ahli Parlimen sebelum sidang Parlimen diadakan.

10) PKP lanjut atau tidak, pengumuman mengenainya dijangka esok - Azmin Ali

Keputusan sama ada Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang masih berkuat kuasa di beberapa negeri bakal disambung atau tidak, dijangka diumumkan esok, kata Menteri Kanan (Ekonomi), Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.