ANTARA pelbagai berita tempatan yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini, Rabu, 3 Jun, 2020.

1) Majikan perlu main peranan lebih besar tangani COVID-19 dalam kalangan pekerja

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, ia berikutan antara punca penularan penyakit berjangkit adalah melibatkan tempat kerja, penginapan, dan kebersihan kendiri.

2) PKPD Pentadbiran Kuala Langat: Ini 10 perkara yang anda perlu tahu

Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata Taman Langat Utama dan Taman Langat Murni di Bukit Changgang hanya dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan secara pentadbiran.

3) COVID-19: KKM kaji kesan ubat Remdesivir, akan maklum kepada WHO

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, kesan spesifik penggunaan ubat tersebut masih belum dapat dikenal pasti memandangkan hanya sembilan pesakit yang baru menggunakan ubat tersebut di negara ini.

4) KKM yakin SOP sekolah boleh cegah penularan COVID-19 dalam kalangan pelajar

Kementerian Kesihatan (KKM) menzahirkan keyakinan bahawa prosedur operasi standard (SOP) melibatkan sektor pendidikan yang telah diluluskan mampu membendung penularan COVID-19 dalam kalangan pelajar.

5) KKM pertimbang cadangan individu masuk ke Malaysia tidak perlu kuarantin jika disahkan negatif

Kementerian Kesihatan (KKM) memaklumkan sedang dalam perancangan untuk mencadangkan agar mana-mana individu yang memasuki negara ini agar tidak perlu menjalani kuarantin 14 hari.

6) COVID-19: 93 kes baharu melibatkan penularan dalam negara

93 kes baharu COVID-19 dilaporkan hari ini, menjadikan jumlah kes positif COVID-19 di Malaysia adalah sebanyak 7,970 kes.

7) COVID-19: 36 kes positif baharu dilaporkan di Kluster Pedas

Sejumlah 36 kes positif baharu dilaporkan di Kluster Pedas, Negeri Sembilan pada Rabu, menjadikan jumlah kes positif COVID-19 sebanyak 256 kes.

8) Kenapa masih wujud kes baharu COVID-19? Ini lima fokus utama sidang media harian KKM

Kes baharu COVID-19 di Malaysia mengalami peningkatan kes berbanding semalam, namun masih kekal pada dua digit.

9) Status jemaah haji Malaysia akan diketahui minggu hadapan - Dr Zulkifli

Kerajaan akan mengumumkan status jemaah haji Malaysia minggu hadapan selepas dipersembahkan kepada Yang di-Pertuan Agong, kata Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr Zukifli Mohamad Al-Bakri.

10) Pelakon, kru produksi tidak diwajibkan ujian swab COVID-19

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menjelaskan, ia berikutan ujian berkenaan hanya akan diwajibkan jika ada kes positif COVID-19 di lokasi berkenaan.