Seorang lelaki dijatuhi hukuman penjara lima tahun oleh Mahkamah Sesyen Kota Bharu hari ini atas dua pertuduhan memiliki sebilah pisau dan membuat ugutan jenayah terhadap seorang lelaki Rabu lepas.
Hukuman diputuskan Hakim Ahmad Bazli Bahruddin selepas tertuduh, Noor Rozi Harun, 45 tahun, mengaku bersalah.
Noor Rozi dituduh memiliki sebilah pisau berukuran 22 sentimeter di sebuah pasar lama daerah Pasir Puteh pada 21 Mac lalu pada jam 3 petang.
Tertuduh disabit kesalahan di bawah seksyen 6(1) Akta Bahan Kakisan dan Letupan dan Senjata Berbahaya 1958 yang membawa hukuman penjara antara lima hingga 10 tahun serta sebatan.
Bagi pertuduhan kedua, di tempat, masa dan tarikh sama, tertuduh telah melakukan ugutan jenayah ke atas seorang lelaki berusia 21 tahun dengan mengacukan pisau terbabit dengan tujuan untuk menakutkan mangsa.
Tertuduh disabit kesalahan di bawah Seksyen 506 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda, atau kedua-duanya sekali.
Noor Rozi yang tidak diwakili peguam memohon mahkamah meringankan hukumannya dan juga untuk hukuman penjaranya bermula dari tarikh tangkapan.
Bagaimanapun, Timbalan Pendakwa Raya, Norazlinawati Mohd Arshad memohon mahkamah menjatuhkan hukuman setimpal sebagai pengajaran kepada tertuduh.
Mahkamah menetapkan hukuman bermula dari tarikh tangkapan pada 21 Mac lalu.
Muhafandi Muhamad
Thu Mar 29 2018
Noor Rozi ketika di Mahkamah Sesyen Kota Bharu hari ini. - Astro AWANI
10 Berita Pilihan - (08 Mei 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Taikun dipenjara terkait kes cubaan bunuh dua dekad lalu
Taikun dipenjara terkait kes cubaan bunuh dua dekad lalu
Seorang ahli perniagaan Ukraine yang kini dipenjara akibat kes penipuan dan penyelewengan wang turut berdepan sabitan cubaan membunuh dalam kes yang berlaku lebih dua dekad lalu. Polis Ukraine dalam kenyataan mendedahkan bahawa Ihor Kolomoisky berkemungkinan bertanggungjawab sebagai dalang cubaan membunuh seorang peguam dalam konflik berkaitan hal korporat lebih dua tahun lalu.
Seorang ahli perniagaan Ukraine yang kini dipenjara akibat kes penipuan dan penyelewengan wang turut berdepan sabitan cubaan membunuh dalam kes yang berlaku lebih dua dekad lalu. Polis Ukraine dalam kenyataan mendedahkan bahawa Ihor Kolomoisky berkemungkinan bertanggungjawab sebagai dalang cubaan membunuh seorang peguam dalam konflik berkaitan hal korporat lebih dua tahun lalu.
Pesawat FedEx mendarat cemas akibat masalah gear pendaratan
Sebuah pesawat kargo Boeing 763 terpaksa melakukan pendaratan cemas di Lapangan Terbang Istanbul, Turkiye kerana berhadapan dengan masalah pada gear pendaratannya. Dalam kejadian yang berlaku pada Rabu itu, kesemua kru telah dipindahkan dengan selamat daripada pesawat milik syarikat penghantaran Amerika Syarikat, FedEx.
Rasuah $10.9 Juta: Timbalan Menteri Pertahan kekal dipenjara
Mahkamah Rusia pada Rabu menolak rayuan pembebasan yang dikemukakan oleh timbalan menteri pertahanan negaranya, Timur Ivanov yang kini disabitkan bersalah dalam kes rasuah bernilai 10.9 juta dolar Amerika. Ivanov yang kini berada dalam proses 'pra-perbicaraan kini masih ditahan di penjara dan permohonannya untuk melalui proses penahanan di rumah ditolak mahkamah yang mana ia adalah merupakan skandal rasuah terbesar melibatkan menteri kabinet negara itu untuk sekian lama.
Mayat terakhir pekerja dalam runtuhan jambatan AS ditemui
Mayat keenam dan terakhir kemalangan sebuah kapal kontena melanggar jambatan Francis Scott Key, Baltimore Amerika Syarikat ditemui pada Selasa. Mayat yang ditemui itu dikenali sebagai Jose Mynor Lopez, 37 tahun, seorang pekerja binaan di jambatan berkenaan berasal dari Baltimore, Maryland.
[TERKINI] Selangor FC umum tidak hadir ke perlawanan Piala Sumbangsih
Pengurusan Selangor FC mengambil keputusan untuk tidak hadir dalam perlawanan Piala Sumbangsih dengan Johor Darul Ta’zim di Stadium Sultan Ibrahim yang dijadualkan pada Jumaat ini.
Dalam satu kenyataan pada Rabu, kelab itu berkata, mereka mengambil maklum keputusan Liga Bolasepak Malaysia (MFL) yang menolak permohonan Selangor FC untuk menangguhkan perlawanan itu.
Dalam satu kenyataan pada Rabu, kelab itu berkata, mereka mengambil maklum keputusan Liga Bolasepak Malaysia (MFL) yang menolak permohonan Selangor FC untuk menangguhkan perlawanan itu.
MB Johor yakin kemampuan polis siasat insiden serangan ke atas Safiq
Kerajaan Negeri Johor yakin kewibawaan Polis Diraja Malaysia untuk menyiasat dan mengesan individu yang menyerang pemain tengah Johor Darul Ta'zim (JDT), Safiq Rahim.
Azalina ketuai delegasi Malaysia ke Kanada untuk kajian pengasingan kuasa
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said, kini mengetuai delegasi Malaysia ke Ottawa, Kanada untuk menjalankan kajian terperinci mengenai konsep pengasingan kuasa Peguam Negara dan Pendakwa Raya.
Komuniti Mengkuang Titi, Peminat Faisal Halim adakan bacaan Yassin
Lebih 300 peminat dan juga komuniti Mengkuang Titi hadir pada majlis bacaan Yassin dan Doa selamat bagi memohon kesejahteraan dan kesembuhan Faisal Halim.
Penginapan di Madinah selesa dan mesra OKU
Tiga hotel tempat penginapan jemaah haji Muassasah di Madinah iaitu Emaar Royal, Saja Al Madinah dan Movenpick menyambut kumpulan pertama jemaah KT 001 yang akan tiba di Madinah pada pagi, 9 Mei 2024 dan kumpulan lain yang akan menyusul secara berperingkat sehingga Jun ini.
Pemandu teksi cedera disamun empat penjenayah menyamar sebagai penumpang
Teksi jenis Proton Iswara milik mangsa berusia 72 tahun itu, turut dilarikan kumpulan penyamun tersebut, selain dompet dan barangan peribadi lain.
Anggota polis maut dipercayai dipukul
Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata mangsa yang ditemukan sekitar 3 pagi tadi itu berkhidmat dengan Kontinjen Kuala Lumpur.
Malaysia sita RM990 juta harta berkaitan jenayah dadah sejak 2019 - Saifuddin Nasution
Malaysia kekal teguh melaksanakan strategi berkesan untuk memerangi ancaman jenayah dadah melalui penguatkuasaan undang-undang yang ketat.
Dilema 'Darkside': Masyarakat harus main peranan, bantu bendung maksiat siber
Sinergi yang baik daripada masyarakat untuk bersama membendung maksiat siber amat dituntut oleh JAKIM dan MCCA.
Polis kesan empat lelaki dikehendaki bersabit jenayah di Kota Bharu
Mereka ialah Mohd Fared Abdul Ghani, Mohd Izani Ibrahim, Mohd Haziman Hikamarhakimi dan Wan Sharilazry Wan Mohd Sukry.
Selangor rekod 588 kes jenayah kanak-kanak tahun lepas - Exco
Rekod berdasarkan laporan Polis Diraja Malaysia (PDRM) itu menunjukkan bahawa jenayah paling tinggi dicatatkan ialah merusuh, yang membabitkan 138 orang, dan curi seramai 112 orang.
KDN akan ambil tindakan tegas terhadap pihak cuba cetus jenayah di Julau
Kementerian Dalam Negeri akan mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana pihak yang cuba melakukan kegiatan jenayah termasuk gengsterisme secara berleluasa di Julau, Sarawak.
Tiada kompromi kepada pegawai, anggota terlibat dalam kes salah laku, jenayah dan rasuah
Ketua Polis Johor CP M Kumar berkata pihaknya tidak akan berkompromi terhadap mana-mana pegawai dan anggota yang didapati terlibat dalam sebarang kes salah laku, jenayah dan rasuah.
Wartawan portal rugi RM5,000 disamun dengan parang
"Mereka datang dari arah depan dengan memakai tapi keledar dan pelitup muka, sebelum berdiri di sebelah saya."
MCPF Selangor tawar RM20,000 kepada individu bantu tangkap pembunuh Zayn Rayyan
Ganjaran diberikan sebagai satu daripada usaha dalam memastikan suspek terlibat dalam kes itu dapat segera didakwa di mahkamah.