Rakyat Malaysia digesa supaya terus prihatin dengan isu-isu terkini berkaitan kesihatan terutama mengenai jangkitan novel koronavirus (COVID-19).

Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, walaupun angka jangkitan COVID-19 mengalami peningkatan yang mendadak, namun ia harus ditangani secara tenang oleh semua pihak.

BACA: Agong zahir kebimbangan, titah rakyat bantu KKM tangani COVID-19

"Negara kita juga tidak terlepas dilanda malapetaka jika tidak kawal novel koronavirus (COVID-19).

"Oleh yang demikian, kita patut patuhi beberapa saranan para doktor seperti sering membersihkan tangan dan elak tempat-tempat awam yang ramai dan tertutup.

"Harus sentiasa berdoa, ada beberapa masjid yang menjalankan solat hajat khas dan doa-doa khas yang dipesan oleh ustaz kita dan terus amalkan," katanya dalam sebuah rakaman video berdurasi dua minit lebih yang disiarkan menerusi akaun Facebook beliau pada Sabtu.


Sementara itu, isterinya yang juga bekas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata, negara perlu meningkatkan kesiapsiagaan menangani kluster COVID-19.

Hal itu kerana kata beliau, kluster tersebut kini berada di peringkat secondary spike susulan jumlahnya yang semakin meningkat.

BACA: 10 kes baharu jangkitan COVID-19 di Malaysia

"Dahulu kita dapat menangani tapi kali ini sebab seorang super spreader, walaupun ramai didapati sembuh dan keluar dari hospital.

"Untuk tanggungjawab diri kita, personal hygine (kebersihan diri) itu mesti jaga. Kalau kita bersama-sama, dan sedikit batuk perlu self quarantine (kuarantin diri) dan jika terpaksa keluar kita pakailah mask (topeng muka)," katanya.

BACA: Kematian akibat COVID-19 di Itali hampir cecah 200, jalanan Rom bertukar sepi