Mayat seorang bayi berulat ditemui orang awam di Kampung Karamunting, Jalan Batu Sapi, di sini semalam.

Bayi malang itu yang cukup sifat dipercayai sudah meninggal dunia lebih 24 jam selain dilihat kehitaman ditemui kira-kira pukul 8 malam itu.

Mayat bayi itu ditemui orang awam di satu kawasan berhampiran pembuangan sampah dan garaj di kampung tersebut.

Sepasukan polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sandakan kemudiannya menjalankan siasatan di lokasi kejadian sebelum menghatar mayat bayu itu ke Hospital Duchess of Kent (HDOK) Sandakan kira-kira jam 11 malam tadi.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Sandakan Asisten Komisioner Mohd Azhar Hamin dalam satu kenyataan petang ini berkata, pihaknya menerima laporan pada jam 9.35 malam dan bayi lelaki berkenaan seberat 1.1 kilogram.

"Siasatan lanjut masih diteruskan mengikut Seksyen 318 Kanun Keseksaan," katanya.