ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini, Sabtu, 22 Ogos 2020.

1) Azmin Ali dan sembilan lagi Ahli Parlimen umum sertai Bersatu

Menteri Kanan Datuk Seri Mohamed Azmin Ali serta sembilan lagi Ahli Parlimen hari ini mengumumkan menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).

2) Bersatu sedia pinda perlembagaan untuk kaji status ahli bersekutu - Muhyiddin

Menerusi cadangan itu, beliau berkata, bukan Bumiputera kelak bukan sahaja boleh menjawat jawatan lebih tinggi, tetapi turut bersama-sama memberi idea untuk memajukan parti.

3) Lapan kes baharu COVID-19 dilaporkan, lima dari Kluster Tawar

Lapan kes baharu COVID-19 dilaporkan hari ini, menjadikan jumlah kes positif COVID-19 di Malaysia adalah sebanyak 9,257 kes.

4) Harga siling pelitup muka akan diturunkan lagi di bawah RM1 - Alexander

Menurut menterinya, Datuk Alexander Nanta Linggi, penurunan itu dibuat bagi memastikan pengguna tidak terbeban dengan harga pelitup muka.

5) Datuk Dr. Mohd Khairuddin mohon maaf

Katanya, sebagai Menteri, beliau bertanggungjawab dan akur kepada peraturan dan prosedur operasi standard (SOP) sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP).

6) Lagi individu dikompaun, direman: Ini lima tumpuan kenyataan media PKPP

Berikut adalah lima tumpuan kenyataan media PKPP oleh Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri hari ini.

7) Anak Ikmal Hisham tidak dilantik sebagai ahli lembaga pengarah - Ismail Sabri

Selain itu, beliau mengakui memberikan sokongan berhubung cadangan pelantikan anak timbalannya itu untuk memegang jawatan berkenaan.

8) "Kami macam kain buruk", veteran ATM harap nasib mereka dibela

Pengorbanan mereka menjaga keamanan sehingga membolehkan negara mengecapi keamanan dan kemakmuran seharusnya tidak dinafikan.

9) Eksploitasi isu bahasa: Kerajaan akan ambil tindakan tegas - Hamzah

Kerajaan juga tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan terhadap pihak yang mencetuskan provokasi dengan melanggar undang-undang.

10) Kanak-kanak dua tahun mati didera teman lelaki ibu

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Nik Ezanee Mohd Faisal berkata, suspek ditahan pada jam 12.40 tengah hari Sabtu di sekitar Subang Jaya.