SELEPAS 24 jam, pihak berkuasa meneruskan operasi mencari dan menyelamat (SAR) mangsa tragedi bot karam di perairan Sabak Bernam dengan meluaskan kawasan pencarian 550 kilometer persegi.

Operasi bersama itu melibatkan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) yang turut menggerakkan tiga aset udara termasuk helikopter Bombadier, Daulphin dan EC725.

Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Jabatan Pertahanan Awam (JPAM), Tentera Laut DiRaja Malaysia (TLDM) dan Polis Marin turut menggerakkan aset masing-masing.

Peta Google
Peta menunjukkan kawasan pencarian bot karam di Sabak Bernam pada Khamis. - Sumber Peta Google
Ini menjadikan keseluruhan 19 aset yang digerakkan dengan 353 anggota dan pegawai.

Hingga 11 pagi Jumaat, jumlah mangsa maut yang ditemui kekal 15 mayat termasuk 13 perempuan dan dua lelaki.