Seekor buaya sepanjang lebih empat meter yang dipercayai menyerang dan membaham seorang lelaki, Sukrien Jesman Yusoff, 24, di Sungai Kalabakan pada 3 Julai lalu berjaya ditangkap hari ini.
Tangkapan itu berjaya dilakukan selepas perangkap dan pancing buaya dipasang Jabatan Hidupan Liar (JHL) Tawau antara 5 hingga 15 Julai lalu di beberapa lokasi di sungai berkenaan.
Pegawai JHL Tawau, Sailun Aris berkata, haiwan itu ditangkap selepas memakan umpan yang baru dipasang di sungai Kampung Tanjung Sapi, Rabu lepas.
“Pemeriksaan yang dibuat anggota JHL hari ini menemukan seekor buaya yang sudah mati tersangkut pada mata pancing kira-kira jam 1.30 tengah hari tadi.
"Berdasarkan keadaan fizikal, kami percaya bangkai buaya berkenaan sudah mati dalam tempoh lebih daripada 24 jam.
“Pihak kami turut memaklumkan tangkapan bangkai buaya berkenaan kepada ahli keluarga mangsa," katanya dalam satu kenyataan pada Ahad.
Tambahnya, sebagai menghormati permintaan ahli keluarga mangsa, bangkai reptilia itu kemudiannya dibelah dan menemukan sisa tulang tangan manusia dipercayai milik mangsa.
“Sisa tulang itu kemudiannya diserahkan kepada ahli keluarga mangsa untuk tujuan pengebumian," katanya.
Ujarnya lagi, pihaknya tidak menolak kemungkinan reptilia berkenaan juga telah menyerang seorang wanita, Nur Hayati Talib, 50 dalam kejadian pada pada 25 Jun lalu selain beberapa lagi kes serangan buaya dilaporkan sebelum ini.
Katanya, bangkai buaya itu kemudiannya ditanam tidak jauh dari kawasan tebing sungai di situ oleh anggota JHL dengan bantuan penduduk kampung.
Astro Awani
Sun Jul 19 2020
Sebagai menghormati permintaan ahli keluarga mangsa, bangkai reptilia itu kemudiannya dibelah dan menemukan sisa tulang tangan manusia dipercayai milik mangsa. - Gambar JHL Tawau
MUDA dan PSM umum tidak bertanding
Parti Muda dan PSM umum tidak bertanding pada Pilihan Raya Kecil DUN Kuala Kubu Bharu pada 11 Mei depan.
18 negara tuntut pembebasan warga ditahan Hamas
Pemimpin 18 negara menuntut agar Hamas membebaskan tahanan yang berada dalam jagaan mereka yang kini telah melepasi 200 hari.
Rampasan dadah bernilai RM10.1 juta dari Januari hingga Mac
Polis Kuala Lumpur rampas pelbagai jenis dadah bernilai RM10.1 juta sepanjang tiga bulan pertama tahun ini.
SPR lakukan persiapan akhir
SPR giat melakukan persiapan akhir bagi memastikan proses penamaan calon bagi PRK DUN Kuala Kubu Baharu esok berjalan lancar.
Berjaya Corp nafi sertai perbincangan wujudkan resort kasino di Forest City
Berjaya Corp nafi sertai perbincangan wujudkan resort kasino di Forest City | DagangNews
Gabung 'soft' dan 'hard policy' untuk didik masyarakat tentang pemakanan sihat - Pakar
Kos sara hidup yang tinggi menjadi antara faktor kenapa masyarakat lebih memilih makanan kurang sihat kerana harganya yang lebih murah.
Kru Shenzhou-18 berjaya masuk stesen angkasa Tiangong
Kru Shenzhou-18 China berjaya memasuki stesen angkasa Tiangong selepas kapal angkasa yang dinaiki mereka bercantum dengan kombinasi stesen angkasa secara automatik pada 5.04 pagi Jumaat.
Kemas kini Windows 11 papar iklan pada menu Start, bagaimana untuk matikannya?
Microsoft memberi ruang untuk pengguna Windows 11 menyembunyikan paparan iklan berkenaan.
AWANI Ringkas: Ketelusan boleh elak pembaziran
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Pemilik stesen minyak diminta lapor KPDN jika diancam sindiket
Beliau berkata KPDN akan merahsiakan maklumat diterima kerana sedar ada pemilik stesen minyak yang enggan membuat laporan walaupun diancam.
Pemaju hartanah nafi dakwaan blogger tentang serangan buaya di Forest City
Hantaran berkenaan tidak berasas dan berniat jahat selain mengundang persepsi negatif dalam kalangan masyarakat dan menjejaskan reputasi.
Polis Kinabatangan lepaskan 12 das tembakan supaya buaya lepaskan mangsa dibaham
Polis Kinabatangan terpaksa melepaskan 12 das tembakan supaya seekor buaya melepaskan seorang mangsa yang dibaham haiwan berkenaan di Ladang Limddale, Kampung Paris 2 hari ini.
Fahami konflik manusia-buaya supaya wujud menang-menang dalam kitaran alam
Pemahaman biasa atau umum mengganggap kehadiran buaya memberi kesan negatif terhadap kepentingan manusia.
Buaya di Sabah dipercayai masih dalam saiz populasi sihat - Ahli zoologi
Sabah yang dilitupi kawasan berair memberikan habitat sesuai untuk buaya hidup selesa tidak kira di laut, sungai, tasik dan kolam.
Perhilitan Selangor sahkan kehadiran buaya di Tasik Kiambang
Perhilitan Selangor mengesahkan kehadiran seekor buaya di Tasik Kiambang, Serendah susulan menerima aduan awam berkaitan kelibat reptilia tersebut.
Mayat wanita Florida ditemui dalam mulut buaya
Reptilia itu kemudian dibunuh secara berperikemanusiaan, menurut kenyataan akhbar dari pejabat sheriff.
Florida: Mayat manusia ditemukan dalam mulut aligator
Aligator itu dikeluarkan dari air dan telah dibunuh.
Hasrat tangkap ketam berakhir tragedi, lelaki maut digigit buaya
Mayat lelaki warga asing berusia 23 tahun ditemui dalam keadaan tertiarap di tepi pantai berhampiran Pos ATM, Kampung Tanjung Batu, sekitar jam 7.20 pagi.
Wanita warga emas cedera digigit buaya ketika tangkap udang galah
Mangsa cedera pada bahagian pergelangan kaki kanan kerana digigit reptilia terbabit selain luka di kepala akibat terhantuk bucu perahu ketika menyelamatkan diri.
Datuk Bandar Mexico kahwini buaya sempena pesta menuai
Buaya berusia 7 tahun itu dan diberi nama 'Little Princess' dipercayai mewakili dewi berkaitan dengan alam semula jadi.