Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan terus memperketatkan penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) agar kadar pematuhan meningkat kepada 100 peratus di seluruh negara.
Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDNKA) Bukit Aman, Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani, berkata ini berikutan masih terdapat segelintir orang awam yang tidak mematuhi arahan PKP.
Beliau berkata antara alasan diberikan mereka tidak munasabah dan kononnya tidak tahu mengenai arahan PKP yang sudah masuk hari ke-16 pelaksanaannya, hari ini.
“Sebagai contoh, alasan keluar rumah untuk membeli roti, air dan rokok pada pukul 11 malam adalah tidak munasabah kerana orang awam sudah diberitahu bahawa semua kedai ditutup pada 8 malam serta tidak dibenarkan keluar rumah selepas 10 malam.
“Orang awam perlu peka dan mematuhi arahan PKP yang dikeluarkan pihak berkuasa bagi membendung penularan wabak COVID-19,” katanya ketika ditemui pemberita di Plaza Tol PJS2, di sini, tengah malam Rabu.
Acryl Sani berkata pihaknya serius dan mahu arahan PKP itu dipatuhi orang awam di seluruh negara agar wabak berkenaan dapat dibendung.
“Ketika ini, kita semua sedang melawan sesuatu yang tidak nampak (wabak COVID-19), sekiranya kita leka maka ia akan menggagalkan misi untuk memastikan kadar kes direkodkan kepada sifar,” katanya.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, ACP Nik Ezanee Mohd Faisal berkata pihaknya telah mengenal pasti beberapa lokasi di daerah itu yang dianggap ‘meriah’ apabila masih ramai orang awam ingkar arahan PKP di kawasan tersebut.
Beliau berkata berdasarkan pemerhatian pihaknya, lokasi berkenaan adalah di Taman Medan, Taman Dato Harun, Ara Damansara dan Damansara Damai, di sini.
“Pihak polis akan memberi nasihat dan amaran terlebih dahulu kepada orang awam supaya tidak keluar rumah sebelum 10 malam.
“Sekiranya masih ada orang awam yang ingkar arahan PKP (selepas 10 malam), kami akan terus membuat tangkapan,” katanya.- BERNAMA
Astro Awani
Thu Apr 02 2020
Acryl Sani berkata, masih terdapat segelintir orang awam yang tidak mematuhi arahan PKP. Gambar hiasan/ Bernama.
'Kekurangan maklumat mekanisme rasionalisasi subsidi antara punca sentimen pengguna lemah'
Kekurangan maklumat mengenai rasionalisasi subsidi dilihat antara penyebab mengapa sentimen perbelanjaan pengguna berkemungkinan kekal lemah selain inflasi yang tinggi.
Tarikh akhir pengemukaan e-Borang Tahun Taksiran 2023 dilanjutkan ke 15 Mei
Ia meliputi pembayar cukai kategori Individu Pemastautin dan Individu Bukan Pemastautin.
Tahun kelima kempen 'We Care for Society’ Hada Labo terus bantu golongan terpinggir
RM50,000 disumbangkan dengan kerjasama Watsons Malaysia kepada Women of Will (WOW) dan Perstuan Kechara Soup Kitchen untuk salur bantuan kepada golongan memerlukan.
Ringgit susut berbanding dolar AS pada sesi awal
Pada 9 pagi, ringgit merosot kepada 4.7770/7825 berbanding dolar AS daripada 4.7745/7775 pada Khamis.
MAQIS tahan dua ekor anjing dari China, identiti mengelirukan
Pemeriksaan mendapati nombor mikrocip yang diimbas pada badan anjing tidak sepadan dengan nombor mikrocip yang diikrar dalam permit import.
Panggilan Google Meet kini boleh dipindahkan antara peranti tanpa henti
Pengguna kini boleh memindahkan panggilan Google Meet antara telefon pintar dan pelayar web tanpa henti.
Niaga SPOTLIGHT: Sustainability & palm supply chains
Kerentanan Android TV menyebabkan akaun Gmail boleh dirampas
Sebuah kerentanan yang agak serius wujud membolehkan sesiapa sahaja mengakses akaun Gmail yang di log masuk ke TV.
Rumah terbuka Selangor di Kuala Kubu Bharu Sabtu ini langgar akta - Bersih
Bersih persoal lokasi dan masa penganjuran rumah terbuka ini kerana majlis ini dianjurkan di kawasan dan ketika PRK Kuala Kubu Bharu.
AWANI Ringkas: Kedutaan AS sangkal dakwaan Prof Gilley
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Acryl Sani bersara awal sebagai Ketua Polis Negara
Ketua Polis Negara, Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani akan menamatkan kontraknya lebih awal iaitu pada Julai ini.
Naik taraf Kem Batalion 3 PGA Bidor bernilai RM322 juta - IGP
Proses naik taraf Kem Batalion 3 PGA Bidor bernilai RM322 juta - IGP
PRN: PDRM kenal pasti 190 kawasan panas di 6 negeri, Selangor tertinggi
Polis telah mengenal pasti 190 lokasi yang dikategorikan sebagai kawasan panas di enam negeri terlibat dengan Pilihan Raya Negeri (PRN), kata Ketua Polis Negara Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani.
Kehadiran MPV, URB di kawasan kediaman, komersial tingkat keyakinan masyarakat - KPN
Kehadiran elemen rondaan MPV dan URB di kawasan kediaman, komersial dan perindustrian berjaya meningkatkan keyakinan masyarakat terhadap jaminan keselamatan.
PDRM siap sedia hadapi PRU15 dalam masa terdekat
Polis Diraja Malaysia (PDRM) sentiasa membuat persediaan rapi dari segi sumber manusia dan aset bagi memastikan kelancaran proses Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).
Tujuh pos sempadan PGA baharu di Sarawak akan dimuktamad - Acryl Sani
Tujuh lokasi pos kawalan sempadan baharu Pasukan Gerakan Am (PGA) di Sarawak akan dimuktamadkan dalam masa terdekat, kata Ketua Polis Negara Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani.
48 mangsa korban banjir seluruh negara, lima masih hilang - KPN
48 mangsa korban banjir seluruh negara, lima masih hilang - KPN
Acryl Sani, Nor Shamsiah, Azam Baki, Hadi Awang dianugerah gelaran Tan Sri
Seramai 19 individu menerima Darjah Panglima Setia Mahkota (PSM) yang turut membawa gelaran Tan Sri.
Kebanyakan dakwaan Twitter Edisi Siasat sengaja diada-adakan - Ketua Polis Negara
Kebanyakan berita salah guna kuasa, penyelewengan dan rasuah oleh pengendali akaun Twitter @edisi_siasatmy di media sosial, adalah berita yang sengaja diada-adakan.
Khidmat Acryl Sani sebagai KPN dilanjut secara kontrak selama 2 tahun
Khidmat Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani sebagai Ketua Polis Negara (KPN) akan dilanjutkan selama dua tahun secara kontrak selepas beliau bersara wajib awal bulan depan.