Angin kencang melanda daerah Bukit Mabong semalam menyebabkan beberapa bumbung rumah panjang dan rumah persendirian diterbangkan lalu musnah.

Jurucakap Sekretariat Pengurusan Bencana Negeri, Ismail Mahedin berkata, kejadian berlaku di kawasan Long Busang.

"Bagaimanapun tiada kecederaan dilapor dan tiada proses pemindahan dilakukan setakat ini," katanya kepada Astro AWANI pada Isnin.

Ismail berkata, sebanyak sembilan pintu di rumah panjang itu terjejas melibatkan 65 mangsa.

Perjalanan dari Kapit ke Long Busang mengambil masa sekitar lapan ke sembilan jam, bergantung pada cuaca selain perlu menggunakan kenderaan pacuan empat roda.

Bumbung rumah panjang di Long Busang diterbangkan angin kencang.

Keadaan bumbung rumah panjang long Busang yang diterbangkan angin kencang.