Kerajaan bersetuju caj kuarantin wajib dikurangkan untuk warganegara Malaysia.

Itu antara lima tumpuan dalam sidang media mengenai Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) oleh Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hari ini.

1. PDRM telah menahan 222 individu atas kesalahan ingkar arahan PKPP. Daripada jumlah itu, seramai 49 individu telah direman, 5 individu dijamin dan 168 individu lagi dikenakan kompaun.

2. Caj kuarantin yang dikenakan di Insitut Latihan Awam (ILA) dikurangkan dari RM150 sebelum ini kepada RM100 sehari bagi setiap individu.

3. Bagi keluarga yang sama (ibu, bapa dan anak bawah 12 tahun), mereka dibenarkan untuk menginap di dalam satu bilik yang sama di ILA. Individu kedua yang berkongsi bilik akan dikenakan caj RM50 sehari untuk kos makan dan minum. Bagi kanak-kanak berumur 12 tahun ke bawah, tiada caj yang dikenakan termasuk kepada seorang penjaga yang menemani.

4. Kerajaan membuat keputusan untuk melaksanakan PKPD Bersasar Secara Pentadbiran (TEMCO) di Kampung Kuala Sanglang dan Kampung Tanah Timbul bermula dari 10 Ogos sehingga 31 Ogos 2020 dan melibatkan 191 buah rumah dengan 872 orang penduduk.

5. Kerajaan setuju pengecualian kos kuarantin kepada warganegara Malaysia dari keluarga B-40, banduan penjara baru dibebaskan di negara jiran yang tidak mampu dan tiada sumber kewangan