Kementerian Kesihatan (KKM) pada Sabtu mengisytiharkan Kluster Pudu yang dikesan di kawasan kediaman sebelum ini, telah tamat.

Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, kluster tersebut membabitkan 97.5 peratus warga asing.

Katanya, mereka terdiri daripada 69 warga Bangladesh; Myanmar (tujuh); serta Indonesia (dua).

Jelas Dr Noor Hisham, kluster tersebut mula dikesan pada 10 Mei lalu ketika saringan pekerja di sebuah tapak pembinaan yang dijalankan oleh majikan.

Tambah beliau, kawalan pentadbiran telah dilaksanakan di kawasan kluster tersebut dengan bantuan pelbagai agensi bagi menjalankan aktiviti pengesanan kes secara aktif.

Hasil siasatan mendapati faktor yang menyumbang kepada penularan jangkitan COVID-19 dalam kluster tersebut adalah penginapan yang sesak dan ruang yang sempit.

Katanya, sehingga 3 Julai, seramai 3,387 telah disaring di kawasan itu dan daripada jumlah tersebut 80 kes disahkan positif COVID-19.