Tindakan tiga lelaki tempatan menyeludup keluar 67 guni yang mengandungi 1,410 kilogram (kg) benih kerang bernilai RM97,000 ke negara jiran gagal apabila ditahan anggota Agensi Kawalan Sempadan Malaysia (AKSEM) Kedah.
Tiga lelaki tempatan berusia 21 tahun hingga 31 tahun berkenaan berasal dari Bukit Kayu Hitam yang ditahan di lokasi yang berbeza ketika cuba memasuki Kompleks Imigresen, Kastam dan Kuarantin Keselamatan (ICQS) Bukit Kayu Hitam.
Mereka dipercayai menggunakan taktik penyeludupan dengan bergerak berasingan bagi mengelak sekatan dan rondaan berkala oleh pihak berkuasa.
Menurut Komander AKSEM Kedah, Abdul Latif Rahman, anggotanya menahan suspek di lokasi KM1.4 Lebuh Raya Utara Selatan arah Thailand, KM3.5 Lebuh Raya Utara Selatan arah Thailand manakala sebuah kereta lagi ditahan di Jalan Padang Satu, Bukit Kayu Hitam..
Hasil pemeriksaan menemui timbunan guni basah di bahagian but belakang ketiga-tiga kenderaan jenis Proton Wira tersebut yang ditutupi dengan kain hitam yang dipandu suspek.
"(Suspek) kemungkinan bergerak secara berkumpulan pada asalnya... di belakangnya adalah orang yang sama dan bila sampai sahaja di kawasan yang menghampiri sempadan, mereka berpecah.
"Kalau ikut maklumat, lebih daripada tiga tetapi mungkin ada empat atau lima. Tapi bila mereka berpecah, kita jejak tiga kenderaan... itu pun dah di lokasi yang telah berasingan. Dua di lebuhraya dan satu di luar lebuhraya," kata Abdul Latif kepada pemberita.
Out
Jelas beliau, pihaknya percaya benih kerang itu diperolehi di negeri Perak sebelum menjadikan Changlun sebagai tempat transit.
Katanya, ini ekoran benih kerang dibawa masuk ke Thailand untuk diternak sebelum dibawa keluar ke negara ini berikutan permintaan tinggi.
Tambah Abdul Latif, kes ini akan diserahkan kepada Jabatan Perikanan Negeri Kedah dan disiasat mengikut Perkara 3(1) Peraturan Perikanan (Pemulihan dan Kultur Kerang 2002), Akta Kultur Kerang Tanpa Sec 3 Akta Perikanan iaitu mengutip anak kerang tanpa lesen yang sah.
Adie Sufian Zulkefli
Sun Feb 25 2018
Tindakan tiga lelaki tempatan menyeludup keluar 67 guni yang mengandungi kerang gagal apabila ditahan anggota AKSEM Kedah. - Foto Astro AWANI
Biden rancang untuk berdebat dengan Trump
Sebelum ini, Biden tidak komited untuk berdebat dengan lawannya, Trump.
Pesta Kaamatan 2024 dilancar pada 1 Mei di Ranau, Sabah
Sambutan perayaan Pesta Kaamatan 2024 akan dilancarkan pada 1 Mei di Ranau dan diadakan sambutan di peringkat daerah, di Sarawak dan Semenanjung.
Khairulnizam layak ke Sukan Olimpik Paris 2024
Khairulnizam Mohd Afendy sah akan mengiringi Nur Shazrin Mohd Latif ke Sukan Olimpik Paris 2024, juga merupakan penampilan keempat berturut-turut di temasya berprestij itu.
Musibah banjir buka peluang 'rezeki lebih' usahawan F&B melalui IPR
Musibah banjir yang melanda Johor tahun lepas membuka peluang rezeki baharu kepada usahawan makanan dan minuman, Haida Abdul Rahman.
Mohd Azizulhasni tekad dikalungkan pingat emas di Paris
Azizulhasni tekad untuk 'dikalungkan' pingat emas pertama Malaysia di Sukan Olimpik Paris 2024 pada penampilan terakhirnya di temasya itu.
USM cipta rekod hasilkan kaligrafi Cina 2.68km
Penuntut USM cipta rekod dalam MBOR apabila menghasilkan penulisan kaligrafi Cina sepanjang 2.68 kilometer.
MITRA sudah belanja RM40 juta daripada peruntukan RM100 juta tahun ini
Sebanyak RM40 juta daripada peruntukan RM100 juta yang disalurkan kerajaan tahun ini kepada MITRA telah dimanfaatkan untuk pelbagai program.
Laporan Pasaran Labuan IBFC 2023 tunjukkan pemulihan kukuh, pertumbuhan luar biasa
Laporan Labuan IBFC 2023 mendedahkan pertumbuhan luar biasa wilayah itu yang menyumbang RM1.2 bilion kepada hasil fiskal Malaysia dan melepasi paras RM1 bilion buat pertama kalinya.
Freedom Flotilla to Gaza: Guinea-Bissau akur kepada Israel, tidak beri kebenaran guna bendera bagi misi pelayaran
Kerajaan Republik Guinea-Bissau dilaporkan tunduk dan akur kepada gesaan Israel untuk tidak membenarkan misi pelayaran Break The Siege: Freedom Flotilla to Gaza menggunakan bendera mereka.
Penyakit berkaitan haba dikhuatiri meningkat di Gaza
Penularan penyakit berkaitan haba panas menjadi kebimbangan terbaharu di Gaza selepas suhu luar jangka melampau melanda wilayah itu setiap hari. Ia sudah semestinya diburukkan lagi dengan kekurangan air bersih dan ketiadaan sistem pembuangan sisa pepejal yang sepatutnya wujud di sesebuah kawasan didiami manusia.
Pembubaran Aksem tidak beri kesan negatif kepada kawalan sempadan
Pembubaran Agensi Kawalan Sempadan Malaysia (Aksem) tidak mendatangkan kesan negatif kepada operasi penguatkuasaan pengawalan sempadan negara pada masa ini.
AKSEM dibubar, tugas diambil alih PDRM- Hamzah
Agensi Kawalan Sempadan Malaysia (AKSEM) yang ditubuhkan pada Disember 2017 dibubarkan dan tugas-tugas agensi berkenaan diambil alih sepenuhnya oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM).
Op Benteng: Pengorbanan anggota keselamatan cegah jenayah rentas sempadan
Isu pendatang asing tanpa izin, penyeludupan dadah dan daun ketum sering dikaitkan dengan pencerobohan sempadan negara.
RCI Wang Kelian: Pendatang asing seolah diajar, diatur pihak tertentu
Daripada soal siasat ke atas 38 pendatang asing yang ditahan dalam operasi di Bukit Wang Burma pada 19 Januari 2015, didapati jawapan yang diberikan adalah sama, seperti telah diatur dan diajar.