Warga emas yang dilaporkan hilang sejak lima hari lalu di Kampung Sungai Tengar, Sabak Bernam masih belum ditemui sehingga kini.
Meskipun misi pencarian Asrah Salleh 85 tahun yang hilang selepas keluar dari rumahnya di Jalan Tanah Lesen kira kira jam 12.30 tengahari dilakukan di merata tempat namun ia menemui jalan buntu.
Menurut anaknya Zulkifli Asrah 54 tahun, dia mengetahui kehilangan ayahnya itu selepas mendapat berita berkenaan dari adiknya yang menetap di Sungai Besar.
"Kami sudah melakukan pencarian di beberapa lokasi antaranya di kawasan kampung termasuk di Bagan Datoh Perak.
"Saya bimbang dengan keselamatan ayah dan berharap dia ditemui kembali. Kami sedih namun reda dengan kejadian ini," katanya kepada Sinar Harian.
Mangsa dikatakan tinggal berdua bersama isterinya dan pernah hilang sebelum ini, namun dalam tempoh yang singkat sebelum ditemui semula.
Lebih membimbangkan, Asrah dikatakan meninggalkan rumah sehelai sepinggang dan menunggang motosikal jenis Honda Wave berwarna hitam.
Asrah dikatakan seorang yang peramah dan mudah mesra sehinggakan dikenali oleh penduduk kampung dengan perwatakannya itu.
"Ayah sebelum ini pernah hilang tapi alhamdulillah, dia ditemui dalam tempoh singkat berbanding kehilangannya kali ini," katanya.
Katanya, keluarga bimbang dengan keselamatan bapa mereka dan usaha mencari serta mengesan Asrah giat dijalankan.
Zulkifli bagaimanapun turut berterima kasih kepada semua pihak termasuk pasukan keselamatan dan penduduk kampung.
Orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian boleh melaporkannya di balai polis terdekat atau menghubungi Zulkifli di talian 017-3493451 atau adiknya 013-2218609 (Ismail). - Sumber Sinar Harian
Astro Awani
Sun Nov 10 2019
Asrah Salleh 85 tahun hilang selepas keluar dari rumahnya di Jalan Tanah Lesen, Sungai Besar kira-kira jam 12.30 tengahari lima hari lalu. - Foto Sinar Harian
Piala Asia B-23: Empat senario Indonesia buru tiket Olimpik Paris
Indonesia kini boleh bermimpi untuk beraksi di pentas Sukan Olimpik Paris tahun ini kerana mereka sekurang-kurangnya telah dijamin aksi playoff menentang Guinea.
UMT bakal miliki rumah alumni bernilai RM2.2 juta
Universiti Malaysia Terengganu (UMT) merancang memiliki rumah alumni sebagai pusat sehenti, bagi memperkukuh jaringan kerjasama dengan bekas pelajar, industri dan universiti.
Piala Thomas: Pengalaman Aaron Chia-Soh Wooi Yik gagal ditandingi beregu Hong Kong
Hanya 26 minit sahaja diperlukan bekas juara dunia, Aaron Chia-Soh Wooi Yik untuk memastikan Malaysia meraih mata kedua dalam saingan Piala Thomas pagi tadi.
Piala Thomas: Lee Zii Jia beri mata pertama buat Malaysia!
Pemain perseorangan profesional negara, Lee Zii Jia berjaya meraih kemenangan ke atas Lee Cheuk Yiu 21-18, 21-18 dalam perlawanan Kumpulan D pagi tadi.
Filem Oppa beri kesedaran jenayah love scam
Filem kesedaran mengenai jenayah LOVE scam bertajuk 'Oppa' bakal menemui anda pada 9 May ini dengan membawa mesej tentang penipuan dalam talian yang seringkali menyasarkan golongan wanita.
[INFOGRAFIK] Calon Perpaduan | N.06 Kuala Kubu Baharu
Apa yang perlu anda tahu tentang calon Perpaduan bagi PRK N.06 Kuala Kubu Baharu.
[INFOGRAFIK] Calon Perikatan Nasional | N.06 Kuala Kubu Baharu
Apa yang perlu anda tahu tentang calon Perikatan Nasional bagi PRK N.06 Kuala Kubu Baharu.
Pertandingan empat penjuru N.06 Kuala Kubu Baharu
Untuk perkembangan lanjut berkaitan Pilihan Raya Kecil Kuala Kubu Baharu kita bersama rakan setugas, Firdaus Azil.
PRK Kuala Kubu Baharu saksikan pertandingan empat penjuru
Perkara itu disahkan oleh Pegawai Pengurus bagi PRK tersebut, Yuhanas Auree Kamaruddin di Pusat Penamaan Calon PRK Kuala Kubu Bharu, Dewan Serbaguna dan Kompleks Sukan Daerah Hulu Selangor kira-kira jam 10.38 pagi, pada Sabtu.
KKR, CIDB zahir hasrat hantar pekerja ke Nagasaki teroka kemahiran TVET
KKR menerusi agensinya Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) berhasrat memulakan penghantaran pekerja ke Nagasaki, Jepun menjelang suku keempat tahun ini.
Kanak-kanak perempuan ditemukan selamat
Mangsa berusia lapan tahun itu didakwa dilarikan sebuah kereta berwarna hitam kira-kira jam 6.30 petang.
Warga emas hilang selepas keluar rumah belum dijumpai
Seorang lelaki warga emas yang dikhuatiri hilang sejak keluar dari rumahnya kira-kira 8 pagi semalam, masih belum dijumpai.
Polis kenal pasti identiti lima sekeluarga dihanyut arus deras ketika menjala
Yang masih hilang ialah ibunya yang dikenali sebagai Juliana, 38, dan adik perempuan bongsunya, Riska Amelia, empat tahun.
Penuntut kolej jururawat hilang dijumpai di Johor
Penuntut Institut Latihan Kesihatan Kementerian Kesihatan Malaysia (ILKMM) Nor Diana Mohd Najib yang dilaporkan hilang sejak 29 Feb lepas ditemukan selamat di Taman Scientex, Pasir Gudang, Johor.
1 maut, 9 hilang dalam tanah runtuh di Jawa Barat, Indonesia
Seorang maut manakala sembilan lagi, termasuk kanak-kanak hilang selepas tanah runtuh melanda sebuah kampung di wilayah Jawa Barat Indonesia pada Ahad.
Ibu rayu bantu cari anak hilang
Siti Dhia Batrisyia Mohd Chairil Anuar didapati tidak pulang selepas keluar rumah pada hari kejadian.
26 maut, enam hilang dalam banjir dan tanah runtuh di Sumatera Barat, Indonesia
Agensi Pengurusan Bencana Sumatera Barat (BPBD) pada Isnin melaporkan 26 maut dengan enam masih hilang dan dua cedera dalam kejadian banjir dan tanah runtuh di pulau itu.
Singapura: Seorang hilang dalam kejadian dua bot persiaran berlanggar
Dalam kejadian itu, empat daripada lima penumpang yang terjatuh ke laut ditemukan selamat.
Angka kematian akibat tanah runtuh di Filipina meningkat kepada 15, 110 hilang
Kerajaan perbandaran Maco dalam satu kenyataan mendedahkan seramai 31 mangsa berjaya diselamatkan setakat ini.
Warga emas dilaporkan hilang selepas dihanyutkan arus deras banjir kilat
Seorang warga emas dilaporkan hilang selepas dihanyutkan arus deras semasa meredah banjir kilat di pekan Sungai Lembing hari ini.