DNA23 yang dilancarkan hari ini menjadi platform mengetengahkan pandangan orang ramai mengenai landskap ekonomi digital di negara ini.

Ahli Parlimen Port Dickson, Datuk Seri Anwar Ibrahim, antara lain, menjelaskan digital ekonomi perlu dilaksanakan tanpa meminggirkan golongan miskin.

Tegasnya, Malaysia memerlukan satu inisiatif baharu dengan menukar paradigma lama kepada baharu.

Malah, katanya, perubahan itu perlu dilakukan sekarang tanpa melengahkannya lagi.

“Kita perlu mulakan insiatif baharu sekarang. Orang Melayu, Cina, India perlu turun ke bawah, ke luar bandar. Ini saya percaya akan mengubah paradigma lama.

"Kita perlu ke depan. Kita tidak seharusnya melupakan orang miskin (dalam negara melaksanakan ekonomi digital),” katanya pada DNA23 Digital Native Agenda yang disiarkan secara langsung di saluran 501 Astro AWANI.

Pada masa sama, beliau mahu pihak industri terlibat memainkan peranan meningkatkan pendapatan golongan B40.

“Do something. Kita tidak mahu dalam nak melaksanakan sesuatu, seperti pendidikan misalnya, kita nak kena lakukan kajian dahulu dan sebagainya.

"Ada yang makan masa sampai tiga tahun. Kita perlu lakukannya sekarang,” ujarnya.