Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengumumkan enam insentif bagi peneroka FELDA bagi tahun ini.

Antaranya melibatkan pelupusan hutang bagi penanaman semula serta geran khas untuk aktiviti terbabit.

Selain itu, beliau turut mengumumkan bayaran RM5,000 bagi setiap keluarga yang layak serta bayaran balik pinjaman saham Felda Global Ventures (FGV).

Lebih 94,000 keluarga layak bagi bayaran ini yang akan diberikan pada penghujung Ogos.

"Kerajaan hari ini menghargai jasa warga Felda. Oleh itu, jangan meniup cerita bahawa warga Felda tidak menyokong kerajaan hari ini," katanya lagi.

Beliau berkata demikian dalam ucapannya sempena perasmian Hari Peneroka Felda Peringkat Kebangsaan di Putrajaya pada hari ini.