Penagihan dan penyalahgunaan dadah adalah sejenis keadaan perubatan yang boleh didiagnosa dan ia berpunca daripada litar ganjaran (reward circuit) di otak yang menjadi terlalu aktif disebabkan rangsangan bahan luaran.
Ahli Jawatankuasa Persatuan Psikiatri Malaysia (MPA), Dr. Mohd Fadzli Mohd Isa menjelaskan, pemahaman berkenaan penagihan dan penyalahgunaan dadah telah berkembang daripada hanya faktor psikososial kepada kepelbagaian faktor.
"Terdapat penemuan dan teori perubatan yang boleh menjelaskan mengapa individu menggunakan, menyalahgunakan atau bergantung kepada dadah.
"Dadah yang dimaksudkan merujuk kepada alkohol, rokok dan dadah termasuklah dadah yang diharamkan, dadah preskripsi dan bahan yang mengkhayalkan.
"International Classification of Diseases-10t Edition (ICD-10) oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia dan Statistical Manual of Mental Disorders-5th Edition (DSM-5) oleh Persatuan Psikiatri Amerika mengandungi kriteria untuk membuat diagnosa berkenaan keadaankeadaan perubatan yang berkaitan dengan pengunaan dadah," jelasnya dalam satu kenyataan di sini, pada Isnin.
TONTON: Program pengurangan kemudaratan makin positif
TONTON: Salah guna, ketagih dadah berkait penyakit mental
Katanya yang juga Pakar Psikiatri Ketagihan (Addiction Psychiatrist), gerakan perubahan untuk memahami dan menukar cara rawatan penagihan dan penyalahgunaan dadah di Malaysia kini tertumpu kepada
pendekatan pengurangan kemudaratan berbanding cara lama yang memfokus kepada kepulihan dan pemberhentian penuh daripada menggunakan dadah.
"Pendekatan pengurangan kemudaratan menganggap pengguna dadah sebagai pesakit dan cenderung untuk meminimumkan risiko perubatan dan psikososial yang berpunca daripada penggunaan dadah.
"Pendekatan ini menggabungkan perawatan berasakan ubat-ubatan (medication-assisted therapy (MAT)) bersama-sama dengan pendekatan perawatan dalam komuniti yang terbukti secara ilmiah.
"Ubat-ubatan digunakan untuk menangani gejala-gejala penarikan (withdrawal) dan penyakit lain yang
dihadapi dan juga untuk mengekalkan pesakit dalam rawatan," ujarnya.
Tambah Dr. Mohd Fadzli, pendekatan ini adalah bertentangan dengan pendekatan dari aspek moral dan sosial yang menghukum dan memenjarakan pengguna dadah.
"Pendekatan ini telah dibuktikan tidak berkesan untuk mengawal penggunaan dadah dan juga tidak menguntungkan dari segi perbelanjaan.
"Selalunya individu yang dihukum dan dipenjarakan akan kembali menggunakan dadah sejurus selepas dibebaskan kerana mereka tidak mempunyai sokongan dan penyeliaan dalam komuniti untuk berubah.
"Pendekatan pengurangan kemudaratan menhadapi pelbagai cabaran termasuklah isu untuk mendapatkan rawatan dan ubat-ubatan," katanya.
Katanya, sistem rawatan dan sokongan yang fleksibel, tidak menghukum dan senang untuk didapati boleh membantu ramai pengguna dadah untuk mengubah tabiat mereka.
"Tambahan pula, pendekatan ini akan menggalakkan ramai pengamal perubatan dan kesihatan untuk mengesan, merujuk dan seterusnya memberikan rawatan kepada individu terbabit dan juga keluarga mereka.
"Perluasan program MAT seperti penggunaa ubatan methadone, buprenorphine-naloxone dan naltrexone melalui penurunan harga dan cara pengawasan yang tidak terlalu ketat adalah antara kunci utama dalam pendekatan pengurangan kemudaratan.
"Fasiliti detoksifikasi pesakit dalaman di komuniti dan wad detoksifikasi di hospital boleh menjadi pilihan lain untuk pengguna dadah membuat keputusan mendapatkan pertolongan.
Selain daripada itu tegasnya, perlulah ada agensi sokongan untuk memenuhi keperluan-keperluan asas pengguna dadah yang mendapatkan rawatan seperti keperluan penginapan, pekerjaan, makanan, bantuan guaman, penjagaan anak dan sebagainya.
"MPA mengakui adanya pendekatan-pendekatan terbaru untuk rawatan dan pencegahan di negara lain seperti Portugal, Amerika Syarikat, Kanada dan Iceland.
"Pendekatan baru ini termasuklah tidak menghukum pemilikan dadah untuk kegunaan persendirian, membenarkan penggunaan ganja ubatan dan model pencegahan dari Iceland," ujarnya.
Negara-negara yang menggunakan pendekatan ini katanya, telah pun mempunyai peraturan, sistem penyeliaan dan sokongan bagi menyokong pendekatan sebegini.
"Tidak menghukum pemilikan dadah untuk kegunaan persendirian dan model dari Iceland telah diutarakan oleh beberapa ahli parlimen dan menteri.
"MPA sedar bahawa pandangan semua pihak terbabit harus diambil kira sebelum perlaksanaan pendekatan terbaru ini," jelasnya.
Oleh itu katanya, untuk melaksanakan pendekatan sebegini, MPA menggesa pengumpulan data tempatan, penerangan kepada masyarakat dan penyediaan tenaga kerja yang baik untuk menawarkan sokongan kepada individu terbabit dan keluarga mereka.
"Sistem rawatan yang baik dapat dihasilkan melalui perjumpaan dan latihan yang berkala dengan agensi berkenaan.
"Apa yang paling penting adalah untuk menyediakan satu sistem rawatan dan pendaftaran peringkat kebangsaan berkenaan rawatan dan mewajibkan semua penyedia perkhidmatan mendaftar dalam sistem itu," tegasnya.
Katanya, MPA turut berterima kasih kepada ahli-ahli politik yang baru-baru ini dengan tegas bersuara tentang bagaimana kesihatan mental dan penyalahgunaan dadah di negara ini boleh dilihat dan ditangani dengan
cara yang berlainan.
MPA adalah badan bukan kerajaan yang diwakili oleh professional dari sektor kesihatan mental.
Persatuan ini menjalankan aktiviti promosi, berkongsi maklumat serta memperjuangkan kepentingan kesihatan mental di negara ini.
Astro Awani
Mon Jan 28 2019
DR. MOHD FADZLI: sistem rawatan dan sokongan yang fleksibel, tidak menghukum dan senang untuk didapati boleh membantu ramai pengguna dadah untuk mengubah tabiat mereka. - Gambar Hiasan
KKR, CIDB zahir hasrat hantar pekerja ke Nagasaki teroka kemahiran TVET
KKR menerusi agensinya Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) berhasrat memulakan penghantaran pekerja ke Nagasaki, Jepun menjelang suku keempat tahun ini.
Piala Thomas: Leong Jun Hao lakar kebangkitan, pastikan kemenangan Malaysia!
Leong Jun Hao melakar kebangkitan memastikan Malaysia memperoleh kemenangan ke atas wakil Hong Kong, Angus Ng Ka Long.
1MDB: Prosiding Najib julung kali dibuat pada Sabtu
Perbicaraan pertama dibuat pada hujung minggu ini berlangsung tepat jam 8.30 pagi, selepas bekas Perdana Menteri itu dibawa pihak berkuasa dengan menaiki kenderaan dari Jabatan Penjara.
PRK Kuala Kubu Baharu: Kerajaan Perpaduan akan dibebani isu semasa - Muhyiddin
PRK ini bakal jadi referendum untuk rakyat suarakan pandangan yang disifatkan Muhyiddin sebagai perasaan tidak puas hati.
Pelajar PhD USIM ambil ujian di sebalik runtuhan di Gaza
Pelajar PhD USIM warga Palestin nekad menjalani Ujian Kelayakan yang dijalankan secara dalam talian pada Jumaat walaupun berdepan risiko dibom tentera Zionis pada bila-bila masa.
UMNO dan BN dokong calon PH demi Kerajaan Perpaduan - Ahmad Zahid
Presiden UMNOsedar taktik pihak tertentu yang cuba melaga-lagakan parti pimpinannya dengan parti komponen Pakatan Harapan itu.
PRK Kuala Kubu Baharu saksikan pertandingan empat penjuru
Keempat-empat calon itu ialah Khairul Azhari Saut (PN), Pang Sock Tao (PH), Nyau Ke Xin (Bebas) dan Hafizah Zainudin (Parti Rakyat Malaysia).
3 maut, 5 parah nahas dua pacuan empat roda
Tiga maut, lima parah dalam kemalangan membabitkan dua kenderaan pacuan empat roda di Jalan Kuala Krai-Gua Musang kira-kira jam 12.30 pagi tadi.
Penunjuk perasaan pro-Palestin di Paris kepung universiti
Penunjuk perasaan pro-Palestin mengepung bangunan dan kawasan hadpaan Universiti Sciences Po yang berprestij di Paris pada Jumaat.
Piala Thomas: Zii Jia pamer magis tarik perhatian ramai di Chengdu
Zii Jia merekodkan kemenangan ke atas Lee Cheuk Yiu dalam aksi yang mengambil masa 45 minit menghadirkan saat-saat terbaik dalam saingan pembukaan ini.
Pegawai penguatkuasa ditahan minta suapan RM8,000
Kedua-dua individu itu disyaki meminta RM8,000 sebagai balasan meringankan hukuman di atas kesalahan memandu di bawah pengaruh alkohol.
Kemboja larang jual, minum alkohol semasa pilihan raya umum
Ia bertujuan mencegah gangguan sosial dan memastikan pilihan raya berjalan dalam suasana bebas dan adil tanpa keganasan dan intimidasi.
21 maut akibat keracunan minuman keras
Mereka didakwa menelan sejenis minuman keras alkohol yang dipercayai mengandungi racun.
Enam maut dirempuh trak ketika pesta barbeku
Tujuh lagi individu masih menerima rawatan di hospital, termasuk seorang berada dalam keadaan kritikal.
Pekerja kilang maut dilanggar pacuan empat roda
Siasatan polis juga mengesyaki pemandu kenderaan itu memandu di bawah pengaruh alkohol.
Lelaki bawa parang ke balai nak tetak polis
Hasil siasatan lanjut mendapati, suspek disyaki di bawah pengaruh alkohol dengan bau arak yang sangat kuat.
Tujuh lelaki ditahan dalam Op Samseng Jalanan
Kesemua individu ditahan dibawa ke BSPT IPD Seremban untuk tindakan lanjut.
Parti liar caj RM150 untuk 3 jam, 18 individu termasuk empat wanita asing ditahan
Polis menahan 18 individu termasuk empat wanita warga asing ketika sedang asyik mengadakan parti liar di sebuah kondominium di Jalan Metro Prima Barat, awal pagi Rabu.
Padah ingkar SOP, pusat hiburan, pelanggan dikompaun RM120,000
Padah berdegil untuk berhibur, pekerja sebuah pusat hiburan di Pulau Pinang dan 19 pelanggan dikompaun polis dengan nilai keseluruhan berjumlah RM120, 000.
Op Mabuk: Polis tahan dua lelaki memandu di bawah pengaruh alkohol
Pemeriksaan mendapati kedua-duanya berada di bawah pengaruh alkohol yang melebihi had ditetapkan.