Menteri Luar, Datuk Saifuddin Abdullah mengesahkan lokasi penginapan rombongan Malaysia di Bali kini selamat.

Katanya menerusi Twitter, setakat ini tiada apa-apa kejadian dilaporkan dan Perdana Menteri dijangka tiba pada tengahari.




Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dijadual akan mengetuai delegasi Malaysia ke Pemukiman Pemimpin ASEAN yang pertama di Bali, Indonesia bermula hari ini.

Dalam kenyataan Wisma Putra berkata pemukiman itu akan menyediakan platform bagi perbincangan dan keterlibatan lanjut pemimpin-pemimpin ASEAN dengan pengarah urusan Tabung Kewangan Antarabangsa, presiden Bank Dunia dan setiausaha agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.


Setakat ini, gempa bumi dengan kekuatan 6.0 magnitud menggegarkan kawasan perairan kepulauan Bali awal pagi ini, lapor pusat pemantau gempa Amerika Syarikat, USGS.

Sehingga kini tiada kemusnahan teruk atau kejadian tsunami dilaporkan meskipun gegaran menyebabkan sedikit suasana panik dalam kalangan penduduk.

Namun, di Jawa Barat, tiga dilaporkan terkorban susulan gempa yang melanda.