Hanya orang-orang politik yang resah gelisah dan amat tergesa-gesa memberi kenyataan serta spekulasi mahu Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) diadakan dalam masa yang terdekat.
Sedangkan realitinya, tegas budayawan Prof Madya Dr Lim Swee Tin, rakyat hari ini sedang berusaha dan berikhtiar bersungguh-sungguh untuk keluar dari gejala pandemik COVID-19 yang membawa kesukaran kepada mereka sejak beberapa bulan lalu.
"Saya fikir keresahan dan kegelisahan sesetengah orang-orang politik ini sekadar menambahkan kegundahan rakyat yang sebenarnya teruk terjejas.
"Jadi dalam soal ini, dalam konteks perpaduan kaum, dalam konteks keselesaan suasana yang harmoni sekarang ini, saya fikir kita tidak perlu kepada satu situasi yang lain, satu suasana yang kelak akan mengegak gempitakan balik situasi yang membawa kepada ketidaknyamanan dalam keadaan orang bersusah payah, berhempas pulas untuk membina kehidupan baharu pasca COVID-19 ini.
"Saya fikir, biarlah masa yang menentukan, barangkali beberapa tahun sehingga habis penggal ini pun saya fikir wajar jika PRU yang baharu ditangguhkan," katanya ketika dihubungi baru-baru ini.
BACA: Pas yakin pengagihan kerusi PRU15 bersama komponen PN mampu ditangani dengan baik
BACA: Langkah bijak UMNO, Pas bersama Muhyiddin pada PRU15 - Syed Ali
Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan sebelum ini meramalkan PRU15 berlangsung pada akhir 2020 iaitu lebih awal daripada penggal kerajaan PH tamat.
Selain Mohamad, Pengerusi Lembaga Penasihat Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Najib Tun Razak turut dilaporkan berkata, keperluan mengadakan PRU lebih awal disifatkan berupaya menyelesaikan kekalutan serta kecelaruan politik yang sudah berlarutan sekian lama termasuk menentukan kedudukan majoriti dalam kerajaan.
Tempoh tamat penggal Parlimen ke-14 hanya pada 16 September 2023 nanti.
Dalam pada itu tegas Swee Tin, rakyat hari ini lebih menumpukan kepada usaha mereka untuk menjayakan gagasan kerajaan dan membebaskan diri dari cengkaman masalah ekonomi serta sekatan yang menjejaskan pembangunan negara.
Dalam pada itu, Pengarah Pusat Pengajian Perangsaraf Media dan Informasi (CMIWS) Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media, Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam, Prof Datuk Dr Ismail Sualman menegaskan, paling penting kini isu pembangunan dan kesejahteraan rakyat pasca COVID-19.
Jelasnya, tempoh untuk mengadakan PRU juga masih berbaki sekitar dua tahun selain perlu difikirkan isu kos pilihanraya dan penjarakan fizikal semasa berkempen kerana langkah keselamatan akibat pandemik.
"Seterusnya saya fikir bahawa seandainya kita mengadakan PRU, keadaan seperti ini menunjukkan bahawa kedudukan politik kita tidak begitu stabil dan ini menjadi kaca penilaian pelabur-pelabur luar untuk melabur di sebuah negara seandainya keadaan politik goyah, asyik bertukar kerajaan dan belum tempoh masa pilihanraya.
"Ia menyebabkan pelaburan akan terjejas, mungkin juga keadaan ekonomi akan terjejas, jadi kita juga perlu menjaga nilai mata wang ringgit supaya tidak merudum seperti yang pernah berlaku satu masa dahulu.
"Itu sebabnya hujahan saya lebih baik untuk kita tangguhkan terlebih dahulu kerana ada banyak lagi cara-cara lain untuk kita pastikan kerajaan boleh terus bertahan," ujarnya.
Mengulas isu sama, bekas Pengarah Eksekutif Institut Penyelidikan Ekonomi Malaysia (MIER) Prof Emeritus Datuk Dr Zakariah Abdul Rashid mengakui keperluan untuk mengadakan PRU lebih awal akan memberikan mandat jelas dan keyakinan pelabur lebih baik.
Bagaimanapun jelasnya, keyakinan itu tidak lagi menjadi isu besar pada masa rakyat sedang bergelut dengan isu pandemik dan pengurusan kebajikan rakyat yang paling utama kini.
"Dalam hal ini, kerajaan PN ada tempoh lagi sebelum mengadakan PRU15. Jadi bermakna kita tidak perlu tergesa-gesa hendak adakan PRU ini sebab kita bukan hendak dapatkan keyakinan orang ramai terutamanya pelabur sebab memang suasana pelaburan sudah malap.
"Setiap negara lebih bersifat protective, mereka menguruskan hal diri negara masing-masing. Soal pelaburan luar penting tetapi bukan perkara utama, kerajaan PN ada sekarang ini, kalau dapat urus kebajikan rakyat baik, itu harus diberikan peluang kepadanya menguruskan kebajikan dan soal PRU itu kalau boleh ditangguhkan, tangguh buat masa ini.
"PRU elok diadakan selepas krisis ini selesai dan apabila kita benar-benar dapat keyakinan rakyat terutama keyakinan masyarakat antarabangsa dan pelabur hendak bawa masuk modal mereka ke sini. Masalah kita sekarang kemelesetan, pertumbuhan negatif dan soal pengangguran berleluasa," katanya.
Wan Syamsul Amly
Thu Aug 13 2020
LIM: Saya fikir keresahan dan kegelisahan sesetengah orang-orang politik ini sekadar menambahkan kegundahan rakyat yang sebenarnya teruk terjejas. - Foto Facebook Lim Swee Tin
Kes saman Ahmad Zahid terhadap Muhyiddin selesai secara baik
Kes saman yang difailkan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi terhadap bekas Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, selesai secara baik di Mahkamah Tinggi hari ini.
AWANI Borneo [26/04/2024] - Permintaan terkahir Joanna | Cakna kepentingan pertahanan | Jangan takut ugutan
Laporan berita padat dan ringkas dari Borneo bersama Nickyson Nyambar;
#AWANIBorneo 26 April 2024
Suami mendiang Joanna dedah hasrat isteri untuk Gawai ini
Sarawak berpotensi jadi pemain industri pertahanan negara
Jangan berdiam, Armizan minta pemilik syarikat minyak lapor jika terima ugutan
#AWANInews
#AWANIBorneo 26 April 2024
Suami mendiang Joanna dedah hasrat isteri untuk Gawai ini
Sarawak berpotensi jadi pemain industri pertahanan negara
Jangan berdiam, Armizan minta pemilik syarikat minyak lapor jika terima ugutan
#AWANInews
Gelombang haba bawa derita baharu, risiko penyakit ke Gaza
Peningkatan suhu melampau luar jangka di seluruh Gaza menambah derita yang dihadapi warga Palestin setiap hari di semenanjung itu.
Tarikh akhir pengemukaan Borang E dan CP8D dilanjutkan hingga 31 Mei
Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) hari ini memaklumkan tarikh akhir pengemukaan Borang E dan C.P.8D dilanjutkan hingga 31 Mei ini.
Freedom Flotilla to Gaza: AS terus beri tekanan kepada Turki
AS yang merupakan rakan sekutu Israel dilaporkan terus memberi tekanan yang hebat kepada Turki untuk tidak memberi kebenaran pelayaran misi Break The Siege Freedom Flotilla to Gaza.
Rumah terbuka himpunkan penduduk pelbagai kaum Kinabatangan
Sekitar 3,000 pengunjung daripada pelbagai kaum dan agama menghadiri rumah terbuka aidilfitri daerah Kinabatangan.
#AWANIBorneo
#AWANIBorneo
Enam inisiatif kekalkan momentum pertumbuhan Labuan IBFC 2024
Ketua Pengarah Lembaga Perkhidmatan Kewangan Labuan (Labuan FSA) Nik Mohamed Din Nik Musa berkata inisiatif ini penting dalam merangka hala tuju Labuan IBFC ketika Pelan Hala Tuju Strategik Lima tahunnya (2022-2026) memasuki tahun ketiga.
#AWANIBorneo
#AWANIBorneo
Sindiket ancam bakar stesen minyak harus dilaporkan - Armizan
Pemilik stesen minyak yang diancam sindiket penyeludupan diesel bersubsidi disaran membuat laporan secara rasmi kepada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN), kata Menterinya Datuk Armizan Mohd Ali.
#AWANIBorneo
#AWANIBorneo
'Kementerian Kewangan tiada rekod surat kelulusan Najib bagi 1MDB ambil alih Tanjong Energy, Genting Sanyen' - Saksi
Dalam siasatan SPRM, Kementerian Kewangan mengesahkan tidak mempunyai rekod ke atas kedua-dua surat tersebut.
Anak MB Perlis, empat yang lain dilepas dengan jaminan SPRM
Anak lelaki Menteri Besar Perlis yang direman Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sejak Rabu, dilepaskan dengan jaminan SPRM, hari ini.
Anwar seru rakyat lakukan perubahan, angkat martabat, darjat negara
Malaysia perlu berani melakukan perubahan bukan saja di peringkat menteri dan ahli politik, bahkan rakyat keseluruhannya, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Tiada kuota ahli politik, profesional jadi ahli majlis PBT di Perak
Kerajaan negeri tidak bercadang menetapkan kuota antara ahli politik serta golongan profesional khususnya dalam pelantikan ahli majlis pihak berkuasa tempatan (PBT), di Perak.
Pencen ahli politik: PM bincang peringkat Kabinet sebelum bawa ke Parlimen
Anwar berkata cadangan pemansuhan pencen bagi ahli politik akan dibincang di peringkat Kabinet terlebih dahulu dan dibawa ke Parlimen sebelum sebarang keputusan dilaksana.
Tanggungjawab moral untuk ahli politik, pesara pilih satu pencen - PM Anwar
Ahli politik atau pekerja kerajaan yang menerima beberapa pencen mungkin boleh memenuhi tanggungjawab moral untuk memilih hanya satu pencen sahaja.
Cadangan mansuh pencen turut terpakai kepada ahli politik - PM Anwar
Cadangan mewujudkan kakitangan awam tidak berpencen juga akan terpakai kepada ahli politik.
Titah Sultan Sharafuddin kukuh perpaduan amat wajar - Ramanan
Katanya, titah Sultan Sharafuddin itu tepat bahawa Malaysia perlu berbangga dengan latar belakang berbilang kaum dan ia harus dipertahankan.
Bekas ahli politik Sepanyol ditembak di muka
Mangsa hanya cedera selepas insiden pada jam 1.30 tengah hari itu dan beliau dibawa ke hospital untuk tujuan rawatan.
Anugerah darjah kebesaran, Sultan Nazrin bersifat terbuka - Mohd Zahidi
Mohd Zahidi berkata, situasinya berbeza berbanding sekitar dua atau tiga tahun lalu.
Jangan hanya fikir keuntungan politik - Mufti
Ahli politik perlu utamakan usaha memberi kefahaman yang tepat kepada masyarakat termasuk bukan Islam tentang maksud sebenar ayat al-Quran.
'Ada YB bina jambatan ke kebun sendiri'
Nor'izah mengakui wujud ahli politik menyalahgunakan kedudukan mereka untuk kesenangan peribadi dan kroni.