Pengerusi Pakatan Harapan Kelantan, Datuk Husam Musa dipanggil ke pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Kelantan di Kota Bharu malam ini.

Beliau tiba di pejabat SPRM sekitar pukul 9.25 malam dengan sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) yang dipandu oleh pembantunya.

Husam dipercayai dipanggil untuk membantu siasatan agensi tersebut berhubung penerimaan dana RM90 juta oleh Pas yang didakwa datang dari UMNO.

Husam yang juga Naib Presiden Parti Amanah Negara sebelum ini pernah mendakwa Pas menerima dana dari UMNO.

BACA: SPRM panggil 4 saksi bantu siasatan dakwaan Pas terima RM90 juta